Sabtu, 29 November 2014

Maguro, Hilang Satu Ganti Tiga

 Keghairahan menjoran kadangkala menyebabkan kita terleka. Kesannya peralatan kita mungkin "terjun" ke dalam sungai akibat disentap ikan. Begitulah halnya dengan pancing kesayangan saya Magoguro Tycoon yang saya gunakan untuk menjinakkan Sang Kelah. Setelah berjasa menjinakkan Sang Kelah sejak sekian lama akhirnya Maguro Tycoon bersemadi di dasar sungai Kampung Benggali, Teronoh Mine. Tidak pasti apa jenis ikan yang menyentapnya tapi di situ biasanya Sang Jelawat dan sesekali Sang Patin. Setelah berusaha dengan Tok Pawang Hamdi dan Saudara Wan akhirnya saya terpaksa berputih mata.Gantinya "tiga ". 

Salah satu joran yang baru dibeli.

Harap-harap ada "ong".

Jumat, 28 November 2014

Membangau di Perkampungan Alah Batu dan Sungai Slim

Rasa teruja kepada sentapan Sang Kelabau dan Sang Kelah menarik saya dan rakan-rakan berkunjung ke beberapa lokasi sekitar Slim River untuk meninjau kewujudan kedua-dua spesis ini di lokasi. Aktiviti tersebut dilakukan sementara menanti trip ke laut seterusnya.Tidak diduga wajah lokasi yang pernah dikunjungi dahulu sudah jauh berubah. Terdapat aktiviti pembersihan hutan sekitar sungai untuk aktiviti pertanian. Sungai pula sudah diolah semula dengan memperbanyakkan alur untuk aliran air yang memusnahkan lubuk habitat asal Sang Kelah dan Sang Kelabau. Liku-liku sungai sudah diluruskan dan air menjadi tohor.

Perkampungan Orang Asli Changkat Bintang, Alah Batu, Ulu Selangor.
 Saudara Ody juga membangau di kawasan habitat Sang Kelah Kampung Bantang, Slim River.



Minggu, 16 November 2014

Tenggiri Trip 16 November 2014 Tuas Yan

Trip 16 November 2014 melalui Pengkalan Nelayan Tanjung Dawai. Tekong Halim.Disertai oleh Cikgu Nizam,Ustaz Wahid, Abang Din PD5, Ustaz Hafiz, cikgu Izhar dan saya sendiri.












Minggu, 12 Oktober 2014

Cikgu Farhana Dah Sertai Puakajoran

Pulang sekejap berhariraya Aidil Adha pada minggu lepas. Sempat berbual-bual dengan sahabat dan rakan-rakan.

Khabarnya cikgu Farhana, dulunya salah seorang warga SMK (F) Besout kini menetap di daerah Krian sudah mula lasak di kolam.

Krian adalah salah satu daerah yang baik dan kaya dengan lokasi pancingan air tawar dan masin.

Penjoran tegar yang sudah mangli dengan lokasi pancingan tawar kebiasaanya turut berkunjung ke lokasi ikan air payau dan masin contohnya di sekitar Kuala Gula,Kuala Sepetang,Nibung Tebal malah jarak untuk ke Tuas Yanpun tidak terlalu jauh.

Terdapat juga kolam-kolam rekreasi untuk pancingan tawar yang diusahakan oleh penternak ikan air tawar.Salah satunya kolam yang terletak di Jalan Air Putih ini.

Tempat yang kerap dikunjungi oleh Rakanpuakjoran termasuk RPj Nizam Balun dan sekutunya.Dalam kolam ini juga terdapat ikan siakap.
 
Sahabat-sahabat lain, ada berani bertarung dengan cikgu Farhana?

Kepada cikgu Farhana, selamat beraksi dan semoga gembira dengan hobi menjoran.

Jumat, 10 Oktober 2014

19+ Kg Hasil Lombong Tebu Kuala Slim

Hasi pendaratan salah seorang warga Felda Besout bulan lepas.Tak pasti ikan jenis apa. Mungkin rohu. Kisah selanjutnya kena temuramah Tok Pawang.

Selasa, 07 Oktober 2014

Harga Ikan Naik Sehingga 30 Peratus di Pulau Pinang

GEORGE TOWN 7 Okt. - Harga ikan di Pulau Pinang naik sehingga 30 peratus berikutan bekalan berkurangan selepas nelayan tidak turun ke laut berikutan cuaca tidak menentu sejak lima hari lepas.

Tinjauan Bernama di beberapa pasar di bahagian pulau negeri ini mendapati harga ikan naik antara RM5 hingga RM10 sekilogram mengikut jenis ikan serta kualitinya.

Ikan bawal dijual RM40 sekilogram berbanding RM30 sekilogram sebelum ini, ikan cencaru RM10 sekilogram berbanding RM6 sebelum ini dan ikan kerisi saiz sederhana RM12 sekilogram berbanding RM7 sekilogram.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 50, berkata ombak kuat dan laut bergelora sejak beberapa hari lepas telah menyebabkan bekalan ikan berkurangan dan peniaga terpaksa bergantung kepada bekalan daripada Thailand.

"Banyak nelayan tidak turun ke laut menyebabkan bekalan ikan, sotong dan udang tidak mencukupi malah beberapa jenis ikan langsung tidak dapat dijual antaranya ikan kembung.

"Peniaga terpaksa mengambil ikan daripada Thailand dan pembekal dari sana sengaja menaikkan harga kerana tahu kita kekurangan bekalan, kami juga terpaksa menaikkan harga ikan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, seorang nelayan di Tanjung Tokong yang hanya mahu dikenali sebagai Samsudin, 55, berkata kebanyakan nelayan terutama yang menggunakan bot kecil tidak turun ke laut kerana bimbang dengan keselamatan mereka berikutan keadaan laut bergelora.

"Bekalan ikan memang berkurangan kerana rata-rata nelayan tidak berani untuk turun ke laut kerana cuaca yang tidak menentu, kami bimbang keselamatan kami," katanya.

Katanya beliau percaya bekalan ikan akan pulih dalam tempoh beberapa hari lagi iaitu selepas cuaca baik.

Beberapa pengguna yang ditemui berharap bekalan ikan dapat pulih dalam tempoh terdekat kerana mereka terkesan dengan harganya yang naik itu.

Nur Maznah Saad, 43, yang merupakan suri rumah berkata beliau menyedari harga ikan naik sejak Sabtu lepas semasa membuat persiapan untuk menyambut Aidiladha.

"Memang Sabtu lepas ada beberapa ikan telah naik harga, bagaimanapun ia tidak ketara seperti hari ini, terkejut juga bila pergi pasar tengok harga ikan dan udang naik banyak. Saya harap situasi ini tidak berpanjangan kerana ia beri kesan kepada pengguna," katanya.- BERNAMA

Senin, 06 Oktober 2014

P.PINANG DILANDA OMBAK PARAS TIANG LAMPU: Awas, Kaki Pancing!

GEORGE TOWN: Angin kencang barat daya menyebabkan laut bergelora dengan ombak gergasi sehingga menghempas tembok di Esplanade di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.

Ombak gergasi itu mencecah lebih tinggi daripada tiang lampu, mengakibatkan air laut melimpah di jalan raya, sehingga menyebabkan banjir di sepanjang Jalan Tun Syed Syeh Barakhbah di sini pada Isnin.

Pejalan kaki dilihat merakamkan fenomena yang jarang berlaku itu manakala kenderaan yang melalui jalan iberkenaan secara perlahan apabila ombak besar menghempas tembok.


Menurut laman web Jabatan Meteorologi, angin kencang barat daya selaju 40kmj hingga 50kmj itu menyebabkan ombak setinggi 3.5 meter di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Miri, Sabah dan Labuan.

Fenomena itu dijangka berterusan sehingga Ahad depan.