Kamis, 01 Mei 2014

Misi Menjejaki MH370 Di Perairan Pulau Sembilan

Menyedari bahawa pencarian MH370 di Lautan Hindi sudah melalui jangka masa yang agak panjang, kami beranggapan lokasi pencarian pastinya salah. MH370 berkemungkinan masih dalam lingkungan kita.Jika pada minggu lepas kami membuat pencarian di sekitar Tuas Yan, pada minggu ini kami membuat rondaan di sekitar Tukun Perak dan Pulau Sembilan.

Berteman rakan-rakan pancing "Group Panjang ABC", Alex, Sky Pua , dua lagi rakannya, saya dan Shui KingShen meredah lautan menaiki pesawat tempur "Baracuda" berkelajuan 115 kuasa kuda. Pesawat yang dikemudi oleh tekong yang dikenali sebagai "Kepala Ikan" meredah samudra seawal jam 7.00 pagi.










 Shui King Shen sempat membuat perambut.

 Alex dengan talang yang dijinakkannya.






Hasil pada trip ini.

Memandangkan inilah kali pertama saya menyertai aktiviti "Jig" tiada tangkapan luar biasa yang dapat saya lakukan namun saya berpuas hati. Dengan pengalaman "0" saya dapat juga menerima dua kali sentapan Sang Talang. Walaupun gagal mendaratkan dengan sempurna dapat juga melalui detik-detik cemas. Hanya 2 ekor kerapu dapat saya daratkan. Pada trip yang akan datang saya perlu bersedia dengan rod dan kekili yang lebih sesuai.Shimano Stella?Tahniah kepada Group ABC. Terima kasih kerana sudi menerima kehadiran kami menyertai Trip Pulau Sembilan.-TOKANPUAKAJORAN.

* Pastinya pada ketika ini Shui King Sheng dan Group PLUS sedang bermaharaja lela di Pulau Pemanggil. Misi seterusya 24 May di Tanjung Dawai.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar