Senin, 23 Maret 2015

Trip 2 Desember 2014, Pari Tuas Yan

02 Desember 2014 kami berkelana lagi. Bertekad menumpaskan tenggiri tuas sekali lagi. Pengkalan Sungai Udang pilihan kami.Tekong Bot tersohor dan sangat sinonim dengan kami Bri 40.Kali ini membawa pendatang baru anak kelahiran Perak yang merantau ke Sarawak.Sudah mula berjinak-jinak dalam dunia hanyir sejak berhijrah ke Sarawak. Ustaz Amirul.

Trip kami disertai rakan-rakan aktif seperti cikgu Nizam,cikgu Rozidi,cikgu Wahidan dan saya pastinya tidak ketinggalan.Jika tertinggal daripada trip terasa hampa yang amat sangat.

Rezki kami amat berat pada hari itu.Ikan-ikan seperti tidak nampak akan umpan yang kami labuhkan.Puncanya air yang amat kotor.Tali pancingpun seakan-akan diselaputi lendir seumpama jelly.Mujurlah, ketika kami hilang punca itu, drag mesin pancing cikgu Nizam bergema.Sentapan yang memberat dan memberat.Tekong mengandaikan mata pancing mungkintersangkut cebisan pukat hanyut.

Sangkaan tekong meleset sama sekali.Seekor pari seberat lebih 7 kg. Yang dikatakan rezeki, cikgu Nizam mampu mendaratkan dengan sempurna walaupun menggunakan tali dan perambut sekitar 12 lbs sahaja. Mata pancing pun bersaiz kecil untuk pancingan puyu. Menurut tekong Bri 40, pari amat jarang ditemui di tuas.
 Ustaz Amirul juga tidak ketinggalan mendaratkan ikan pertama di sini.





Misi kami berakhir agak awal dengan tangkapan yang tidak begitu memberangsangkan. Sebentar kemudian ribut melanda.Kami lesu dilambung ombak.Tekong pula tekun mengemudi bot merentas gelora.
Kami kecewa? Sesekali tidak...selama-lamanya tidak!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar