Sabtu, 12 September 2015

Buaya,Patin, dan Toman Sungai Gedong

Khabarnya di sebalik kisah buaya jinak Si Putih dan angkatannya yang mendiami sungai Kurau @ sungai Gedong di Kerian tidak sedikitpun menggusarkan pemancing tegar di situ.

Mereka sudah sebati dengan haiwan tersebut. Tidak pernah mengganggu atau terganggu walaupun sesekali mencuri umpan Si Pengail yang menggunakan umpan keli untuk menjinakkan Sang Toman.

Saya paparkan aksi seorang pekerja Ladang Sime Darby Sungai Gedong yang berjaya menewaskan Sang Patin seberat 46 kg beberapa minggu lalu.

Diikuti seekor lagsi Sang Patin seberat 26 kg tiga hari berikutnya. Kedua-dua patin tersebut tewas setelah terpesona dengan umpan sawit yang dilabuhkan.

Teruja dengan penemuan patin mega ini mendorong rakan kita saudara Halilpuakajoran untuk mencuba nasib namun kehadirannya seperti biasa disapa oleh Si Putih. Saya tidak muatkan videonya di sini kerana dalam posting saya yang terdahulu telah saya muatkan aksi-aksi Si Putih.

 Seperti kebiasaan hanya makhluk ini yang sudi menjamah umpan Rpj Halilpuakajoran.
Sekali lagi toman pada hari yang berikutnya.

Senin, 07 September 2015

Cikgu Farhana, Putri Puakajoran Hebat di Kolam

 Aksi sebaik sahaja mendaratkan tongsan seberat 10 kg

Semakin menjadi-jadi sahabat kami ini. Pantang ada masa terluang, pasti dihabiskan di kolam-kolam pancing sekitar Kamunting hinggalah ke Kuala Kangsar.

Tidak pernah bosan atau jemu. Setiap kali beraksi ada sahaja tangkapan yang diperolehinya. Jenis-jenis ikan yang mendiami kolam hampir kesemuanya pernah didaratkan.

Khabarnya sudah serasi dengan kolam-kolam yang terdapat di sekitar bahkan sudah mampu membuat ramuan umpan bagi menewaskan patin, rohu dan tongsan kolam.

Cuma satu hajatnya belum termakbul. Beraksi bersama-sama rakan lain di samudra biru. InsyaAllah satu hari nanti pasti hajatnya termakbul.