Tampilkan postingan dengan label Ikan Toman. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Ikan Toman. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 12 September 2015

Buaya,Patin, dan Toman Sungai Gedong

Khabarnya di sebalik kisah buaya jinak Si Putih dan angkatannya yang mendiami sungai Kurau @ sungai Gedong di Kerian tidak sedikitpun menggusarkan pemancing tegar di situ.

Mereka sudah sebati dengan haiwan tersebut. Tidak pernah mengganggu atau terganggu walaupun sesekali mencuri umpan Si Pengail yang menggunakan umpan keli untuk menjinakkan Sang Toman.

Saya paparkan aksi seorang pekerja Ladang Sime Darby Sungai Gedong yang berjaya menewaskan Sang Patin seberat 46 kg beberapa minggu lalu.

Diikuti seekor lagsi Sang Patin seberat 26 kg tiga hari berikutnya. Kedua-dua patin tersebut tewas setelah terpesona dengan umpan sawit yang dilabuhkan.

Teruja dengan penemuan patin mega ini mendorong rakan kita saudara Halilpuakajoran untuk mencuba nasib namun kehadirannya seperti biasa disapa oleh Si Putih. Saya tidak muatkan videonya di sini kerana dalam posting saya yang terdahulu telah saya muatkan aksi-aksi Si Putih.

 Seperti kebiasaan hanya makhluk ini yang sudi menjamah umpan Rpj Halilpuakajoran.
Sekali lagi toman pada hari yang berikutnya.

Kamis, 05 Juni 2014

Aksi Halil, Rakanpuakajoran Di Sungai Kurau @ Sungai Gedong

Sungai Kurau @ Sungai Gedong tidak pernah menghampakan rakan-rakan joran seperti Halil dan Juragan Nizam Balun. Jika ada kelapangan di situlah kelibat mereka kelihatan. Bukan sahaja Sang Toman, kaloi dan lampam menjadi mangsa pancing mereka, adakalanya "Sang Bedal" juga turut melahap umpan mereka.








Kelibat "Sang Bedal" sedang mengintai umpan yang dilabuhkan.



Senin, 05 Mei 2014

Haruan dan Toman Sungai Kurau "Minat" Umpan Keli

Lama tidak berpeluang berinteraksi dengan rakan-rakan pancing Silverstone.Kiriman beberapa keping gambar membuktikan mereka masih lagi aktif. RPj Shahrizan salah seorang darinya.Masih setia dengan misi air tawar. Memburu Sang Toman Sungai Kurau berumpankan keli matang. Menakjubkan, umpan keli turut menarik minat Sang Haruan.



TP: Sungai Kurau@Sungai Gedong.

Minggu, 15 Desember 2013

Toman dan Buaya Sungai Gedong (Sungai Kurau)

Kesempatan bercuti di kampung halaman pada minggu ke tiga dan keempat cuti penggal persekolahan memberikan pengalaman bermakna. Kesempatan yang ada digunakan untuk melihat rakan-rakan beraksi mendaratkan toman mega di Sungai Gedong (Sungai Kurau). Pada masa yang sama juga kelihatan kelibat Sang Bedal " Si Putih" berlegar-legar di lokasi. Apa yang lebih mengujakan ketika buaya tersebut melompat dan memusingkan badan menyambar umpan yang dilontarkan oleh Juragan Nizam Balun. Walaubagaimanapun aksi lompatan tersebut tidak sempat dirakam.Beberapa detik kemudian berlakulah adegan tarik menarik antara Sang Bedal yang dianggarkan menyamai besar Sang Buaya yang ditangkap di Sarawak kerana membaham nelayan sungai yang memasang pukat.

RPj Halilpuakajoran dengan toman yang ditumpaskannya.





 Toman 7 dan 3.5 kg berjaya didaratkan.

 Sahabat (Pekerja Ladang, Orang Seberang) turut beraksi.
 Juragan Nizam Balun turut beraksi.


Adegan tarik menarik antara Sang Bedal dan Juragan Nizam Balun.



Jangan tiru aksi ini. Hanya mereka yang "dibenarkan" boleh melakukan. Menyakiti haiwan adalah satu kesalahan.Buaya adalah haiwan yang dilindungi dan tertakluk dibawah akta PERHILITAN.Berhati-hati ketika memancing - Tokanpuakajoran.

Setelah beraksi beberapa lama, inilah kesannya...



Keesokkan harinya saya ke lokasi untuk merakamkan aksi yang terlepas semalam. Setelah puas menanti terlihat jugalah kelibat Sang Buaya pulang ke penginapannya. Sayangnya jarak terlalu jauh dan hari sudahpun gelap. Disusuli pula berbekalkan iPad dan Gadget Canon yang lensanya hanya berjarak 50 mm sahaja. 





Hanya kocakan air dapat dirakam dalam kegelapan senja.



Setelah puas menanti akhirnya buaya muncul untuk pulang ke sarang namun rakamannya kurang jelas lantaran hari sudah senja. Hanya kocakan air yang kelihatan ketika Sang Buaya terkejut dengan tarikan tali pancing oleh Halilpuakajoran.

Dan pada malam itu bersantaplah kami dengan sup kepala dan goreng berempah toman sajian rakan-rakan Tomyam Sri Gedung...... dan sebenarnya toman boleh dijadikan resepi yang sangat enak.