Tampilkan postingan dengan label Buaya. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Buaya. Tampilkan semua postingan

Rabu, 02 Juli 2014

Warga Emas Tendang Mata Buaya Sambar Kaki Untuk Selamatkan Diri

 
Buaya Sungai Gedong - Gambar Hiasan

Oleh: Abd Rahman Adam

Bekenu: Seorang warga emas berdepan detik menakutkan selepas bergelut hampir lima minit dengan buaya yang membaham kakinya dalam kejadian di Sungai Suai dekat Rumah Panjang Gerang, di sini, kelmarin.
Bagaimanapun, ketika bersiap mahu pulang ke rumah panjangnya, reptilia ganas itu tiba-tiba muncul lalu menyambar kaki kanan Manggin sebelum cuba mengheretnya ke tengah sungai.

Manggin berkata, sebaik kakinya disambar dia menjerit meminta pertolongan anak perempuannya yang kebetulan sedang mandi tidak jauh dari lokasi kejadian supaya mendapatkan bantuan penduduk rumah panjang mereka.

“Buaya itu cuba mengheret saya ke tengah sungai... saya hampir lemas ketika itu. Saya kuatkan semangat dan berkata pada diri sendiri, saya tidak mahu mati lalu menendang mata buaya itu sekuat hati.

“Hampir lima minit saya bergelut, buaya itu kemudian melepaskan gigitannya. Saya berenang ke tebing sungai sambil dibantu anak perempuan dengan kaki kanan berlumuran darah,” katanya ketika ditemui di Hospital Miri, di sini semalam.

Manggin berkata, dia bernasib baik kerana terselamat daripada serangan buaya itu, apatah lagi saiz reptilia itu yang agak besar.

Katanya, insiden serangan buaya itu kali pertama berlaku di kawasan jeti berhampiran rumah panjangnya itu.

“Memang pernah berlaku serangan, tidak sangka kali ini ia berlaku di kawasan kami. “Saya pernah lihat buaya muncul di sungai, namun kejadian yang menimpa saya ini adalah serangan pertama membabitkan penduduk rumah panjang kami,” katanya.

Difahamkan, penduduk rumah panjang Gerang bergantung kepada Sungai Suai untuk mandi dan membasuh pakaian berikutan tiada bekalan air bersih disalurkan kepada penduduk di penempatan terbabit.

Sementara itu, jurucakap Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dalam satu kenyataan memaklumkan agensi terbabit sudah menghantar pegawai dan kakitangan dari Pasukan Khas Hidupan Liar (SWAT) untuk melakukan operasi menangkap buaya berkenaan.

“Kita sudah memasang perangkap (pancing) di sungai berkenaan untuk menangkap buaya yang mengganas di sungai berkenaan. “Sehingga hari ini (semalam) belum ada buaya terperangkap di situ,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/02

Selasa, 24 Juni 2014

Penangkap udang diserang buaya di Sungai Rompin


 
Ewa dibawa ke Hospital Kuantan untuk rawatan akibat parah di lutut kiri 
selepas diserang seekor buaya di Sungai Rompin.

ROMPIN – Seorang lelaki berketurunan Orang Asli yang bekerja sebagai penangkap udang galah dan tinggal di rumah rakit dekat Sungai Rompin berhampiran Kampung Tebu Hitam, di sini, nyaris maut selepas diserang seekor buaya.

Mangsa, Ewa Judak, 34, parah di bahagian lutut selepas haiwan liar itu menggigit anggota badannya ketika dia baru selesai mandi pada petang Sabtu lalu.

Adik ipar mangsa, Kamis Hawa, 30, berkata, ketika kejadian, dia sedang bersembang dengan isteri mangsa dan secara tiba-tiba terdengar jeritan Ewa meminta tolong serta menyuruhnya menghulurkan tombak.

Menurutnya, dia bergegas ke luar rumah dan terkejut melihat Ewa sedang mengerang kesakitan selepas kakinya digigit buaya berkenaan.

“Saya tidak sempat mencapai tombak dan bergegas ke luar rumah untuk melihat Ewa.

“Alangkah terkejut kerana saya dapat melihat dengan jelas kepala buaya kira-kira setengah meter lebar sedang menggigit kaki Ewa,” katanya.

Kamis berkata, dia pantas membantu Ewa dengan mengampu kedua-dua belah ketiak Ewa dan menariknya agar dapat melepaskan diri daripada gigitan haiwan itu.

“Ewa kemudian berusaha membuka mulut buaya menggunakan kedua-dua belah tangannya sambil kaki kanannya menunjal kepala buaya untuk melepaskan diri.

“Akhirnya Ewa dapat melepaskan diri dan buaya tersebut berundur lalu saya segera bawa masuk Ewa ke dalam rumah serta meminta bantuan penduduk kampung untuk membawanya ke Hospital Rompin,” katanya.

Menurut Kamis, Ewa yang tinggal di rumah rakit berkenaan bersama isterinya bernasib baik kerana ketika kejadian, Ewa mandi di atas kayu balak yang menjadi pelampung rumah rakit sekali gus menyebabkan buaya berkenaan tidak dapat bertindak agresif.

“Saiz buaya itu agak besar menyebabkan ia tersepit di celah batang balak berkenaan dan tidak dapat bertindak agresif,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Tebu Hitam, Ab Wahab Abdul Rani berkata, kali terakhir kejadian serangan buaya di Sungai Rompin sekitar 1970 dan mangsa sempat menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan.

“Sudah lama tidak berlaku kejadian seperti ini yang semestinya menimbulkan kebimbangan penduduk dan pemancing luar untuk mencari rezeki di sungai.

“Diharap orang ramai lebih berhati-hati ketika memancing di sungai Rompin agar kejadian sama tidak berulang,” katanya - SINAR.

Minggu, 15 Juni 2014

Umpan Tajur dimakan Buaya

Razali mengangkat buaya julung sebelum dibawa ke warung berhampiran.
Razali mengangkat buaya julung sebelum dibawa ke warung berhampiran.


KUALA TERENGGANU – Kegembiraan seorang lelaki untuk mendapatkan ikan bertukar cemas apabila taut (tajur) yang dibiarkan semalaman di Sungai Tekah dekat Kampung Kesom Che Nordin, Manir, dimakan seekor buaya julung seberat 33 kilogram, Jumaat lalu.

Mat Razali Ismail, 51, yang sering menahan taut di sungai itu sekiranya ada kelapangan, pada mulanya menyangka mata taut miliknya itu dimakan ikan tapah, tetapi sangkaannya nyata meleset apabila buaya yang tersangkut.

“Saya tahan tauk (dalam lohgat daerah) petang Khamis dan datang semula hari ini (Jumaat) kira-kira jam 9 pagi. Apabila saya menghampiri tauk ini, ia seolah-olah ditarik sesuatu yang besar. Dalam hati saya berkata, pasti seekor ikan tapah, tetapi apabila semakin dekat, saya lihat kelibat seekor buaya.

“Pada mulanya saya hanya mendiamkan diri kerana memikirkan sama ada mahu menarik buaya ini ke darat atau membiarkan ia melekat pada mata tauk, tetapi akhirnya saya mengambil keputusan untuk tarik ke darat.

“Ketika itu, saya seorang diri (dalam perahu), tetapi dengan berbekalkan sedikit ilmu bagi menenangkan buaya, saya kuatkan semangat dengan mengusung buaya julung itu ke darat setelah mengikat mulutnya, kemudian saya bawa menaiki motosikal sejauh empat kilometer ke warung berhampiran,” katanya.

Razali kemudiannya menghubungi Perhilitan Terengganu untuk memaklumkan penangkapan itu dan pada sebelah petang (Jumaat), buaya sepanjang 2.1 meter diserahkan kepada jabatan berkenaan.

Bagaimanapun, kata Razali, kejadian itu adalah kali kedua berlaku pada dirinya, di mana kejadian pertama berlaku kira-kira 10 tahun lalu di sungai sama.

“Saya memang tahu sungai ini banyak buaya, tetapi haiwan ini tidak akan kacau kita kalau kita tidak kacau dia (buaya),” katanya.

Pada masa sama, Razali berkata, dia tidak serik untuk terus menahan taut di sungai berkenaan kerana itu adalah hobinya pada masa lapang - SINAR.

Kamis, 05 Juni 2014

Aksi Halil, Rakanpuakajoran Di Sungai Kurau @ Sungai Gedong

Sungai Kurau @ Sungai Gedong tidak pernah menghampakan rakan-rakan joran seperti Halil dan Juragan Nizam Balun. Jika ada kelapangan di situlah kelibat mereka kelihatan. Bukan sahaja Sang Toman, kaloi dan lampam menjadi mangsa pancing mereka, adakalanya "Sang Bedal" juga turut melahap umpan mereka.








Kelibat "Sang Bedal" sedang mengintai umpan yang dilabuhkan.



Minggu, 15 Desember 2013

Toman dan Buaya Sungai Gedong (Sungai Kurau)

Kesempatan bercuti di kampung halaman pada minggu ke tiga dan keempat cuti penggal persekolahan memberikan pengalaman bermakna. Kesempatan yang ada digunakan untuk melihat rakan-rakan beraksi mendaratkan toman mega di Sungai Gedong (Sungai Kurau). Pada masa yang sama juga kelihatan kelibat Sang Bedal " Si Putih" berlegar-legar di lokasi. Apa yang lebih mengujakan ketika buaya tersebut melompat dan memusingkan badan menyambar umpan yang dilontarkan oleh Juragan Nizam Balun. Walaubagaimanapun aksi lompatan tersebut tidak sempat dirakam.Beberapa detik kemudian berlakulah adegan tarik menarik antara Sang Bedal yang dianggarkan menyamai besar Sang Buaya yang ditangkap di Sarawak kerana membaham nelayan sungai yang memasang pukat.

RPj Halilpuakajoran dengan toman yang ditumpaskannya.





 Toman 7 dan 3.5 kg berjaya didaratkan.

 Sahabat (Pekerja Ladang, Orang Seberang) turut beraksi.
 Juragan Nizam Balun turut beraksi.


Adegan tarik menarik antara Sang Bedal dan Juragan Nizam Balun.



Jangan tiru aksi ini. Hanya mereka yang "dibenarkan" boleh melakukan. Menyakiti haiwan adalah satu kesalahan.Buaya adalah haiwan yang dilindungi dan tertakluk dibawah akta PERHILITAN.Berhati-hati ketika memancing - Tokanpuakajoran.

Setelah beraksi beberapa lama, inilah kesannya...



Keesokkan harinya saya ke lokasi untuk merakamkan aksi yang terlepas semalam. Setelah puas menanti terlihat jugalah kelibat Sang Buaya pulang ke penginapannya. Sayangnya jarak terlalu jauh dan hari sudahpun gelap. Disusuli pula berbekalkan iPad dan Gadget Canon yang lensanya hanya berjarak 50 mm sahaja. 





Hanya kocakan air dapat dirakam dalam kegelapan senja.



Setelah puas menanti akhirnya buaya muncul untuk pulang ke sarang namun rakamannya kurang jelas lantaran hari sudah senja. Hanya kocakan air yang kelihatan ketika Sang Buaya terkejut dengan tarikan tali pancing oleh Halilpuakajoran.

Dan pada malam itu bersantaplah kami dengan sup kepala dan goreng berempah toman sajian rakan-rakan Tomyam Sri Gedung...... dan sebenarnya toman boleh dijadikan resepi yang sangat enak.