Tampilkan postingan dengan label Berita Media. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Berita Media. Tampilkan semua postingan

Senin, 14 Juli 2014

5 wanita berjaya mendaratkan ikan tuna biru bernilai 1.9 juta


Lima gadis berjaya mendarat seekor ikan raksasa seberat 300kg ikan ini adalah jenis tuna sirip biru ini berharga  1.9 juta mengikut harga pasaran, mereka telah dibenarkan untuk menjual ikan tersebut.

Ikan itu ditemui di luar pantai Cornish oleh Sarah Little, 22, Laura Pickervance, 23, Hannah Ford, 24, Shauna Creamer, 23 dan Charlotte Chambers, 24. 

Ia diukur 2.1 meter dan ditemui terapung di dalam air setinggi pinggang di tepi pantai apabila rakan-rakan menikmati percutian di Kingsand, Cornwall. 


Ikan jenis ini pernah di jual dengan nilai 3 juta di Jepun 
Ikan yang sangat jarang dijumpai di perairan British ini di mana ia adalah diharam untuk menangkap nya kerana terikat dengan kawalan peraturan pemuliharaan EU. 

Tetapi sedih untuk gadis-gadis tersebut kerana ikan seberat 300kg telah diambil oleh pegawai-pegawai dari Pengurusan Organisasi Marin, sebahagian daripada Defra, Jabatan Alam Sekitar, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar. 

Ikan ini dilaporkan akan diserah  kepada pihak berkuasa untuk diangkut ke Universiti Exeter bagi membuat kajian oleh saintis di sana. Dailymail.
  
A Morning In Cornwall  - Zamfir Gheorghe & James Last 
 

Rabu, 02 Juli 2014

Warga Emas Tendang Mata Buaya Sambar Kaki Untuk Selamatkan Diri

 
Buaya Sungai Gedong - Gambar Hiasan

Oleh: Abd Rahman Adam

Bekenu: Seorang warga emas berdepan detik menakutkan selepas bergelut hampir lima minit dengan buaya yang membaham kakinya dalam kejadian di Sungai Suai dekat Rumah Panjang Gerang, di sini, kelmarin.
Bagaimanapun, ketika bersiap mahu pulang ke rumah panjangnya, reptilia ganas itu tiba-tiba muncul lalu menyambar kaki kanan Manggin sebelum cuba mengheretnya ke tengah sungai.

Manggin berkata, sebaik kakinya disambar dia menjerit meminta pertolongan anak perempuannya yang kebetulan sedang mandi tidak jauh dari lokasi kejadian supaya mendapatkan bantuan penduduk rumah panjang mereka.

“Buaya itu cuba mengheret saya ke tengah sungai... saya hampir lemas ketika itu. Saya kuatkan semangat dan berkata pada diri sendiri, saya tidak mahu mati lalu menendang mata buaya itu sekuat hati.

“Hampir lima minit saya bergelut, buaya itu kemudian melepaskan gigitannya. Saya berenang ke tebing sungai sambil dibantu anak perempuan dengan kaki kanan berlumuran darah,” katanya ketika ditemui di Hospital Miri, di sini semalam.

Manggin berkata, dia bernasib baik kerana terselamat daripada serangan buaya itu, apatah lagi saiz reptilia itu yang agak besar.

Katanya, insiden serangan buaya itu kali pertama berlaku di kawasan jeti berhampiran rumah panjangnya itu.

“Memang pernah berlaku serangan, tidak sangka kali ini ia berlaku di kawasan kami. “Saya pernah lihat buaya muncul di sungai, namun kejadian yang menimpa saya ini adalah serangan pertama membabitkan penduduk rumah panjang kami,” katanya.

Difahamkan, penduduk rumah panjang Gerang bergantung kepada Sungai Suai untuk mandi dan membasuh pakaian berikutan tiada bekalan air bersih disalurkan kepada penduduk di penempatan terbabit.

Sementara itu, jurucakap Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dalam satu kenyataan memaklumkan agensi terbabit sudah menghantar pegawai dan kakitangan dari Pasukan Khas Hidupan Liar (SWAT) untuk melakukan operasi menangkap buaya berkenaan.

“Kita sudah memasang perangkap (pancing) di sungai berkenaan untuk menangkap buaya yang mengganas di sungai berkenaan. “Sehingga hari ini (semalam) belum ada buaya terperangkap di situ,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/02

Selasa, 24 Juni 2014

Penangkap udang diserang buaya di Sungai Rompin


 
Ewa dibawa ke Hospital Kuantan untuk rawatan akibat parah di lutut kiri 
selepas diserang seekor buaya di Sungai Rompin.

ROMPIN – Seorang lelaki berketurunan Orang Asli yang bekerja sebagai penangkap udang galah dan tinggal di rumah rakit dekat Sungai Rompin berhampiran Kampung Tebu Hitam, di sini, nyaris maut selepas diserang seekor buaya.

Mangsa, Ewa Judak, 34, parah di bahagian lutut selepas haiwan liar itu menggigit anggota badannya ketika dia baru selesai mandi pada petang Sabtu lalu.

Adik ipar mangsa, Kamis Hawa, 30, berkata, ketika kejadian, dia sedang bersembang dengan isteri mangsa dan secara tiba-tiba terdengar jeritan Ewa meminta tolong serta menyuruhnya menghulurkan tombak.

Menurutnya, dia bergegas ke luar rumah dan terkejut melihat Ewa sedang mengerang kesakitan selepas kakinya digigit buaya berkenaan.

“Saya tidak sempat mencapai tombak dan bergegas ke luar rumah untuk melihat Ewa.

“Alangkah terkejut kerana saya dapat melihat dengan jelas kepala buaya kira-kira setengah meter lebar sedang menggigit kaki Ewa,” katanya.

Kamis berkata, dia pantas membantu Ewa dengan mengampu kedua-dua belah ketiak Ewa dan menariknya agar dapat melepaskan diri daripada gigitan haiwan itu.

“Ewa kemudian berusaha membuka mulut buaya menggunakan kedua-dua belah tangannya sambil kaki kanannya menunjal kepala buaya untuk melepaskan diri.

“Akhirnya Ewa dapat melepaskan diri dan buaya tersebut berundur lalu saya segera bawa masuk Ewa ke dalam rumah serta meminta bantuan penduduk kampung untuk membawanya ke Hospital Rompin,” katanya.

Menurut Kamis, Ewa yang tinggal di rumah rakit berkenaan bersama isterinya bernasib baik kerana ketika kejadian, Ewa mandi di atas kayu balak yang menjadi pelampung rumah rakit sekali gus menyebabkan buaya berkenaan tidak dapat bertindak agresif.

“Saiz buaya itu agak besar menyebabkan ia tersepit di celah batang balak berkenaan dan tidak dapat bertindak agresif,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Tebu Hitam, Ab Wahab Abdul Rani berkata, kali terakhir kejadian serangan buaya di Sungai Rompin sekitar 1970 dan mangsa sempat menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan.

“Sudah lama tidak berlaku kejadian seperti ini yang semestinya menimbulkan kebimbangan penduduk dan pemancing luar untuk mencari rezeki di sungai.

“Diharap orang ramai lebih berhati-hati ketika memancing di sungai Rompin agar kejadian sama tidak berulang,” katanya - SINAR.

Minggu, 15 Juni 2014

Umpan Tajur dimakan Buaya

Razali mengangkat buaya julung sebelum dibawa ke warung berhampiran.
Razali mengangkat buaya julung sebelum dibawa ke warung berhampiran.


KUALA TERENGGANU – Kegembiraan seorang lelaki untuk mendapatkan ikan bertukar cemas apabila taut (tajur) yang dibiarkan semalaman di Sungai Tekah dekat Kampung Kesom Che Nordin, Manir, dimakan seekor buaya julung seberat 33 kilogram, Jumaat lalu.

Mat Razali Ismail, 51, yang sering menahan taut di sungai itu sekiranya ada kelapangan, pada mulanya menyangka mata taut miliknya itu dimakan ikan tapah, tetapi sangkaannya nyata meleset apabila buaya yang tersangkut.

“Saya tahan tauk (dalam lohgat daerah) petang Khamis dan datang semula hari ini (Jumaat) kira-kira jam 9 pagi. Apabila saya menghampiri tauk ini, ia seolah-olah ditarik sesuatu yang besar. Dalam hati saya berkata, pasti seekor ikan tapah, tetapi apabila semakin dekat, saya lihat kelibat seekor buaya.

“Pada mulanya saya hanya mendiamkan diri kerana memikirkan sama ada mahu menarik buaya ini ke darat atau membiarkan ia melekat pada mata tauk, tetapi akhirnya saya mengambil keputusan untuk tarik ke darat.

“Ketika itu, saya seorang diri (dalam perahu), tetapi dengan berbekalkan sedikit ilmu bagi menenangkan buaya, saya kuatkan semangat dengan mengusung buaya julung itu ke darat setelah mengikat mulutnya, kemudian saya bawa menaiki motosikal sejauh empat kilometer ke warung berhampiran,” katanya.

Razali kemudiannya menghubungi Perhilitan Terengganu untuk memaklumkan penangkapan itu dan pada sebelah petang (Jumaat), buaya sepanjang 2.1 meter diserahkan kepada jabatan berkenaan.

Bagaimanapun, kata Razali, kejadian itu adalah kali kedua berlaku pada dirinya, di mana kejadian pertama berlaku kira-kira 10 tahun lalu di sungai sama.

“Saya memang tahu sungai ini banyak buaya, tetapi haiwan ini tidak akan kacau kita kalau kita tidak kacau dia (buaya),” katanya.

Pada masa sama, Razali berkata, dia tidak serik untuk terus menahan taut di sungai berkenaan kerana itu adalah hobinya pada masa lapang - SINAR.

Selasa, 04 Maret 2014

Jika Ingin Murah, Pancinglah Sendiri atau Makan Saja Kari Ikan Kembung dan Goreng Kangkung


Laporan Berita Harian semalam.Dua ikan kelah RM 726 Ikan patin buah RM 400 dan 220 untuk udang galah, semuanya hampir 1500.Itu harga hidangan tengah hari dinikmati lapan pelanggan sebuah restoran di Bndar Temerloh dan tersebar dalam media social semalam. 

Pemilik restoran, Haris Bakri Ismail 46, ketika dihubungi BH, berkata harga makanannya bergantung kepada jenis ikan yang ditempah dan dipersetujui pelanggan. 

Jika pelanggan mahu kelah dan selepas harga dipersetujui, saya perlu menempuh perjalanan lima jam ambil daripada pembekal di Ulu Tembeling,Jerantut. Patin buah liar dari pembekal berharga Rm 140 satu kilo geram dan udang galah RM 85 sekilogram, katanya.-BH. 


Tokan, Jika ingin harga yang murah, pancinglah sendiri dan anda akan tahu betapa sukarnya menempuh laluan apatah lagi memperolehi sepesis yang disebutkan.

Rabu, 22 Januari 2014

Guru Penolong Kanan KoKurikulum SMK (F) Trolak Maut Dalam Kemalangan


Dua beranak maut rempuh bangkai lembu
Kereta dinaiki mangsa remuk selepas merempuh bangkai lembu (gambar kecil) di KM86, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Sungkai, semalam.
Sungkai: Akibat terlanggar bangkai lembu, seorang guru dan anaknya maut dalam kemalangan di Kilometer 86 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di sini, semalam.

Dalam kemalangan kira-kira jam 6.30 pagi itu, Kamarudzaman Bokhri, 51, dan Muhammad Hariz Zakwan, 15, meninggal dunia di tempat kejadian. 


Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw, berkata Kamaruzzaman yang juga Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Trolak, dalam perjalanan ke sekolahnya sebelum terlanggar bangkai lembu di tengah jalan itu. 



Lembu dilanggar lori

Difahamkan, lembu terbabit mati akibat dilanggar lori beberapa jam sebelum itu dan dibiarkan di situ.

Katanya, guru berkenaan yang memandu PERODUA Kelisa, tidak sempat mengelak bangkai lembu itu sebelum terlanggar sehingga menyebabkan anak lelakinya tercampak keluar.
“Kereta dipandu mangsa kemudian terbabas ke laluan bertentangan sebelum dirempuh Toyota Avanza dari arah bertentangan.

Mati di tempat kejadian

“Dua beranak itu mati di tempat kejadian, manakala pemandu Toyota Avanza hanya cedera ringan,” katanya di sini, semalam.

Dalam kemalangan itu, sebuah kenderaan yang mengekori kereta guru itu berhenti secara mengejut selepas menyedari kejadian berkenaan, dirempuh kenderaan lain dari belakang, tetapi kedua-dua pemandu hanya cedera ringan.

Mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat, manakala tiga pemandu lagi mendapat rawatan pesakit luar di hospital yang sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pengetua SMK Trolak, Shaharuddin Mohd Daud, berkata Allahyarham yang berkhidmat di sekolah itu sejak lima tahun lalu adalah guru yang berpengalaman dan dedikasi.

Sabtu, 28 Desember 2013

Angin kencang, laut bergelora hingga Selasa

KUALA LUMPUR:Dec 29, 2013 - Angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga (paling bahaya) di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur dijangka berterusan sehingga Selasa depan.
           
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, angin kencang timur laut dengan kelajuan melebihi 60 kilometer sejam itu boleh menyebabkan ombak mencapai ketinggian melebihi 5.5 meter 
           
Selain itu, kawasan pantai di negeri berkenaan turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut.
           
Kedua-dua keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk menangkap ikan, pekerja di pelantar minyak serta perkhidmatan feri.
           
Kenyataan itu menyebut aktiviti ribut petir juga berlaku di kawasan perairan Sarawak (Mukah, Bintulu dan Miri) yang dijangka berterusan sehingga lewat malam ini. - Bernama.

Selasa, 24 Desember 2013

Fenomena Ikan Lahad Datu Ada Kaitan Dengan Bencana Alam?

Penduduk mengambil kesempatan mengutip ikan yang terdampar di persisir pantai Pulau Tambisan.

SHAH ALAM - Beribu-ribu ikan yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan, hari ini dilihat berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan.

Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi semalam.

Menurut pembaca Sinar Harian Online, Luludaprincess Oja yang berkongsi maklumat itu berkata, kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba melihat ikan meloncat naik ke daratan.
Penduduk mengambil kesempatan mengutip ikan yang terdampar di persisir pantai Pulau Tambisan.

"..situasi ini disedari oleh orang kampung yang kebetulan berada di tepi pantai, melihat kelainan dalam air tersebut di mana ikan-ikan meloncat naik ke darat.

"Sesetengah penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut.

"Ini merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Sinar Harian Online mendapati video mengenai peristiwa itu yang berdurasi dua minit tiga puluh lima saat telah dimuatnaikkan di laman Youtube.

Sebelum ini, kejadian tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlaku bencana alam tersebut.

Sumber sinarharian

Kamis, 31 Oktober 2013

Kaki Pancing Temui Mayat Bayi Ketika Cari Umpan


KUCHING 31 Okt. - Hasrat seorang kaki pancing mencari umpan terbantut selepas dia menemui mayat seorang bayi perempuan terapung di tebing Sungai Sarawak di sini hari ini.

Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui berhampiran sebuah jambatan tidak jauh dari Pelabuhan Sim Kheng Hong, Pending pukul 11.15 pagi ini.

Zuel Sammy, 20, berkata, pada mulanya dia menyangka objek terapung itu adalah sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai.

"Setelah didekati dan diamati, barulah saya sedar objek itu adalah mayat bayi perempuan yang cukup sifatnya," katanya ketika ditemui hari ini. - UTUSAN .