Tampilkan postingan dengan label RPj Cikgu Osman Jaafar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label RPj Cikgu Osman Jaafar. Tampilkan semua postingan

Jumat, 06 September 2013

Alfatihah, Cikgu Osman Jaafar Rakanpuakajoran Kembali ke Rahmatullah


Al Fatihah!Sabtu 7 September 2013.Setelah koma hampir dua hari, akhirnya sahabat kita cikgu Osman Jaafar 43 telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 2.15 pagi sebentar tadi. Jenazahnya akan dibawa pulang ke Kampung Sungai Dara, Tanjung Malim untuk disemadikan. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Kepada keluarganya kami harapkan dapat bersabar dengan ketentuan Ilahi.

Tokan: Sesungguhnya kami (rakan-rakan puakajoran) kehilangan seorang sahabat yang amat senang didampingi serta berwajah tenang dalam apa jua situasi.Kami amat merindui saat-saat suka dan duka sepanjang merentas batas waktu dan usia di daerah terpencil ini bersama-sama. Alfatihah....

Berita dari Web SMK F Besout



Al-Fatihah Buat Cikgu Othman Bin Jaafar

Category: Berita
Created on Monday, 09 September 2013Written by Haji Ismail Haji Yahaya
othmanjaafar
Seorang tenaga pengajar SMK Felda Besout, Cikgu Othman Bin Jaafar telah kembali ke rahmatullah pada pagi Sabtu, 7 September 2013 jam 2.15 pagi di Hospital Slim River. Beliau telah dikejarkan ke Hospital Slim River pada pagi Khamis, 5 September lalu setelah mengadu sakit kepala.

Beliau kemudiannya telah dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada sebelah petang dan dibawa kembali ke Hospital SR pada malamnya. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Sir Othman di kalangan para pelajarnya telah menghembuskan nafas yang terakhir setelah mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Slim River selama dua hari.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang anak. Jenazahnya telah dibawa ke kampung halamannya di Kampung Sungai Dara, Ulu Slim dan dikebumikan di tanah perkuburan di kampung tersebut. Rakan-rakan rapat dan sejawat di SMK Felda Besout turut serta bersembahyang jenazah dan membantu menyempurnakan majlis pengkebumiannya.
Semoga segala amal ibadat dan kebajikan beliau diterima Allah SWT dan di tempatkan beliau bersama orang-orang soleh di akhirat kelak.
 

Kamis, 05 September 2013

Cikgu Osman Jaafar Dalam Keadaan Kritikal,


 Kenangan,Cikgu Osman Jaafar sewaktu menyertai Misi Tuas Yan Kohort ke 3/2011

Info terkini, keadaan cikgu Osman Jaafar masih tidak berubah. Setelah pemeriksaan dilakukan oleh doktor pakar hospital Tuanku Bainun, Ipoh lewat petang tadi disahkan bahawa keadaan kesihatan beliau kritikal. Terdapat kerosakan pada salah satu pembuluh utama di bahagian otak. Kini beliau telah dikembalikan dan di tempatkan di hospital Daerah Slim River. Sahabat-sahabat dan saudara mara yang ingin berziarah dan mendoakan beliau bolehlah berkunjung ke Wad 10 aras 5 hospital Daerah Slim River. Sehingga pukul 11.00 malam tadi ramai kalangan sahabat dan saudara mara sudahpun berkunjung dan mendoakan beliau.

Rabu, 04 September 2013

Doakan Sahabat, Cikgu Osman Jaafar

 Kenangan,Cikgu Osman Jaafar sewaktu menyertai Misi Tuas Yan Kohort ke 3/2011

Mohon rakan-rakan puakajoran dan sahabat mendoakan kesihatan salah seorang rakan yang menerima ujian. Pada pukul 9.00 pagi tadi Cikgu Osman Jaafar, salah seorang rakan Puakajoran yang berlokaliti di SMK (F) Besout tidak sedarkan diri. Setelah menjalani pemeriksaan di Pusat Kesihatan Kecil Felda Gunung Besout, beliau disyaki terkena "stroke". Menurut sumber, sehingga catatan ini dibuat beliau masih belum sedarkan diri.Kini beliau ditempatkan di wad kecemasan Hospital Daerah Slim River dan akan dibawa ke Hospital Besar Ipoh (Tuanku Bainun) untuk pemeriksaan lanjut.Doakan untuk beliau agar sembuh seperti sediakala.

http://puakajoran.blogspot.com/