Tampilkan postingan dengan label Ramadhan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Ramadhan. Tampilkan semua postingan

Selasa, 16 Juli 2013

Perdana Menteri Hadir Program Ihya Rahmat Ramadhan Bersama Warga FELDA Peringkat Kebangsaan 2013

SUNGKAI - 17 Julai,Satu Program Ihya Rahmat Ramadhan Bersama Warga Felda Peringkat Kebangsaan akan dilangsungkan di Padang Awam Felda Gunung Besout 2 .

Program yang bermula pada pukul 5.00 petang ini akan disempurnakan perasmiannya oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Sri Najib Tun Razak.

Turut Hadir adalah Pengerusi FELDA YB TanSri Isa Samad dan YAB Menteri Besar Perak, Dato Sri Zamri Abd Kadir.

Acara akan bermula pada pukul 5.00 petang dengan tazkirah yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato Sri Noh Bin Gadot, bekas mufti kerajaan negeri Johor.

Seterusnya majlis perasmian oleh YAB Perdana Menteri disusuli majlis berbuka puasa dan solat tarawih.

Dalam program tersebut PM dijangka mengumumkan beberapa insentif istimewa untuk warga peneroka.




Antara warga FELDA ceria menanti kehadiran YAB Perdana Menteri.



Dijangka lebih 7000 warga peneroka FELDA seluruh negara termasuk dari Sabah dan Sarawak akan hadir pada majlis yang julung-julung kali diadakan di sini.

Pada tahun 2012, dalam program  sama yang diadakan di salah sebuah Felda di Kedah, beberapa pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri, antaranya:

Duit Raya Mula diagih minggu kedua Ramadan

Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan pemberian wang raya kepada semua peneroka seluruh FELDA membabitkan peruntukan RM43.2 juta.

Pengagihan duit raya itu dibuat kepada dua golongan iaitu RM400 seorang bagi 112,635 peneroka FELDA, manakala 9,038 peneroka yang bukan bersama FELDA pula akan menerima RM200 seorang. Duit raya itu akan diagihkan bermula minggu kedua Ramadan dan dibayar pada peringkat rancangan FELDA.

Perdana Menteri berkata, pengagihan duit raya serta sagu hati itu bukti janji kerajaan untuk terus memajukan FELDA demi menjaga kepentingan semua warga peneroka.

Pengagihan adil

“Kita rasa pengagihan duit raya ini adil (kepada peneroka FELDA dan peneroka yang tidak bersama FELDA) bergantung atas sumbangan dan sokongan yang diberikan,” katanya berucap pada program Rahmat Ramadan yang dihadiri lebih 10,000 warga FELDA di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru, dekat Beris Jaya, di sini.

Pada majlis itu, Najib yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut menyampaikan bantuan duit raya dan sumbangan program Ihya Ramadan kepada warga FELDA.

Lulus Kasih FELDA

Sementara itu, Perdana Menteri turut mengumumkan kelulusan  bantuan Kasih FELDA RM5 juta untuk membaik pulih 1,000 rumah di enam kawasan Parlimen membabitkan lima di Kedah dan satu di Perlis.

Beliau turut mengumumkan sagu hati RM2.28 juta kepada 1,585 jawatankuasa masjid di seluruh FELDA membabitkan tiga kategori.

“Selain itu, setiap 54 kawasan Parlimen yang mempunyai tanah rancangan FELDA akan menerima RM10,000 bagi setiap kawasan,” katanya.

Perdana Menteri yang sempat meninjau projek pintasan jalan FELDA Teloi Timur ke Kampung Merbau Kudung di sini, turut mengumumkan kelulusan peruntukan RM50 juta untuk tujuan itu.

Turut diumumkan, peruntukan RM920,000 untuk tujuan naik taraf longkang, tembok, padang dan lampu jalan di dua kawasan FELDA di sini, iaitu di Teloi Kanan dan Teloi Timur.

Pada tahun ini dijangka banyak lagi insentif yang akan diberikan kepada warga Felda dan bukan warga Felda.

Beberapa perkara yang menjadi topik perbualan dan berlegar dalam kalangan masyarakat setempat mungkin mendapat perhatian PM, antaranya:

1. Rumah dan kediaman untuk Generasi Kedua.

2. Jalan raya sepanjang 11 km yang menelan belanja jutaan ringgit yang menghubungkan Slim River dan Felda Gunung Besout yang sepatutnya siap pada tahun 2010.

3. Projek Penggondolan Hutan dan Bukit yang berjumlah ratusan hektar sekitar Besout (dahulunya hutan simpan dan ladang hutan komersial) untuk tujuan perladangan kelapa sawit komersial dan hasilnya diagihkan kepada pihak-pihak tertentu dan diluluskan oleh Kerajaan Negeri
.

Sumber penduduk setempat : Penebangan balak yang  di luar pengetahuan pihak berwajib juga dikatakan belaku di puncak gunung ini dengan keluasan mencecah puluhan ekar .

Puakajoran.blogspot.com mengucapkan Selamat Datang kepada YAB Perdana Menteri dan rombongan ke FELDA GUNUNG BESOUT.

Senin, 15 Juli 2013

Perutusan Ramadhan Puakajoran: Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan Selamat Menjoran

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ 

Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Selamat menjalani ibadah puasa buat rakan-rakan, sahabat, pengunjung puakajoran.blogspot.com. Sekali lagi Umat Islam seluruh dunia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.

Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.

"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)

Melalui al-Quran, maka Allah SWT menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.

Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya SAW.

Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.

Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin,Syiria, Myanmar dan di seluruh belahan bumi umat Islam di dunia ini.

Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.

Semoga Ramadan tahun ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya, InsyAAllah dengan bantuan Allah SWT,kita akan bersama-sama ke arah keredhaan Allah SWT.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Ramadan Kareem" kepada semua pengujung blog ini dan umat Islam seluruhnya, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat. - MENJORAN UNTUK SEMUA @ FISHING 4ALL.

Adaptasi daripada Perutusan Ramadhan 2012:Ustaz Abu Bakar Hussain