Minggu, 12 Oktober 2014

Cikgu Farhana Dah Sertai Puakajoran

Pulang sekejap berhariraya Aidil Adha pada minggu lepas. Sempat berbual-bual dengan sahabat dan rakan-rakan.

Khabarnya cikgu Farhana, dulunya salah seorang warga SMK (F) Besout kini menetap di daerah Krian sudah mula lasak di kolam.

Krian adalah salah satu daerah yang baik dan kaya dengan lokasi pancingan air tawar dan masin.

Penjoran tegar yang sudah mangli dengan lokasi pancingan tawar kebiasaanya turut berkunjung ke lokasi ikan air payau dan masin contohnya di sekitar Kuala Gula,Kuala Sepetang,Nibung Tebal malah jarak untuk ke Tuas Yanpun tidak terlalu jauh.

Terdapat juga kolam-kolam rekreasi untuk pancingan tawar yang diusahakan oleh penternak ikan air tawar.Salah satunya kolam yang terletak di Jalan Air Putih ini.

Tempat yang kerap dikunjungi oleh Rakanpuakjoran termasuk RPj Nizam Balun dan sekutunya.Dalam kolam ini juga terdapat ikan siakap.
 
Sahabat-sahabat lain, ada berani bertarung dengan cikgu Farhana?

Kepada cikgu Farhana, selamat beraksi dan semoga gembira dengan hobi menjoran.

Jumat, 10 Oktober 2014

19+ Kg Hasil Lombong Tebu Kuala Slim

Hasi pendaratan salah seorang warga Felda Besout bulan lepas.Tak pasti ikan jenis apa. Mungkin rohu. Kisah selanjutnya kena temuramah Tok Pawang.

Selasa, 07 Oktober 2014

Harga Ikan Naik Sehingga 30 Peratus di Pulau Pinang

GEORGE TOWN 7 Okt. - Harga ikan di Pulau Pinang naik sehingga 30 peratus berikutan bekalan berkurangan selepas nelayan tidak turun ke laut berikutan cuaca tidak menentu sejak lima hari lepas.

Tinjauan Bernama di beberapa pasar di bahagian pulau negeri ini mendapati harga ikan naik antara RM5 hingga RM10 sekilogram mengikut jenis ikan serta kualitinya.

Ikan bawal dijual RM40 sekilogram berbanding RM30 sekilogram sebelum ini, ikan cencaru RM10 sekilogram berbanding RM6 sebelum ini dan ikan kerisi saiz sederhana RM12 sekilogram berbanding RM7 sekilogram.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 50, berkata ombak kuat dan laut bergelora sejak beberapa hari lepas telah menyebabkan bekalan ikan berkurangan dan peniaga terpaksa bergantung kepada bekalan daripada Thailand.

"Banyak nelayan tidak turun ke laut menyebabkan bekalan ikan, sotong dan udang tidak mencukupi malah beberapa jenis ikan langsung tidak dapat dijual antaranya ikan kembung.

"Peniaga terpaksa mengambil ikan daripada Thailand dan pembekal dari sana sengaja menaikkan harga kerana tahu kita kekurangan bekalan, kami juga terpaksa menaikkan harga ikan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, seorang nelayan di Tanjung Tokong yang hanya mahu dikenali sebagai Samsudin, 55, berkata kebanyakan nelayan terutama yang menggunakan bot kecil tidak turun ke laut kerana bimbang dengan keselamatan mereka berikutan keadaan laut bergelora.

"Bekalan ikan memang berkurangan kerana rata-rata nelayan tidak berani untuk turun ke laut kerana cuaca yang tidak menentu, kami bimbang keselamatan kami," katanya.

Katanya beliau percaya bekalan ikan akan pulih dalam tempoh beberapa hari lagi iaitu selepas cuaca baik.

Beberapa pengguna yang ditemui berharap bekalan ikan dapat pulih dalam tempoh terdekat kerana mereka terkesan dengan harganya yang naik itu.

Nur Maznah Saad, 43, yang merupakan suri rumah berkata beliau menyedari harga ikan naik sejak Sabtu lepas semasa membuat persiapan untuk menyambut Aidiladha.

"Memang Sabtu lepas ada beberapa ikan telah naik harga, bagaimanapun ia tidak ketara seperti hari ini, terkejut juga bila pergi pasar tengok harga ikan dan udang naik banyak. Saya harap situasi ini tidak berpanjangan kerana ia beri kesan kepada pengguna," katanya.- BERNAMA

Senin, 06 Oktober 2014

P.PINANG DILANDA OMBAK PARAS TIANG LAMPU: Awas, Kaki Pancing!

GEORGE TOWN: Angin kencang barat daya menyebabkan laut bergelora dengan ombak gergasi sehingga menghempas tembok di Esplanade di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.

Ombak gergasi itu mencecah lebih tinggi daripada tiang lampu, mengakibatkan air laut melimpah di jalan raya, sehingga menyebabkan banjir di sepanjang Jalan Tun Syed Syeh Barakhbah di sini pada Isnin.

Pejalan kaki dilihat merakamkan fenomena yang jarang berlaku itu manakala kenderaan yang melalui jalan iberkenaan secara perlahan apabila ombak besar menghempas tembok.


Menurut laman web Jabatan Meteorologi, angin kencang barat daya selaju 40kmj hingga 50kmj itu menyebabkan ombak setinggi 3.5 meter di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Miri, Sabah dan Labuan.

Fenomena itu dijangka berterusan sehingga Ahad depan.

Rabu, 24 September 2014

Temoleh Sungai Perak

Musim panas dan taburan hujan yang agak kurang menjadikan lokasi pancing di sekitar sungai Perak bagaikan "syurga" bagi kaki pancing seperti RPj Man Wan.

Walaupun kalangan rakan-rakan sibuk menjejaki lubuk sekitar sungai Bernam dan kawasan persekitarannya RPj Man Wan cuba berhijrah dan mencari magsa lain.

Hasinya, tangkapan yang agak memuaskan.



Senin, 22 September 2014

Rekod Baharu: Kelabau 4.8 Kg Milik RPj Hairi Karnain

 
Sebelum cuti persekolahan keadaan air sungai dalam keadaan baik.Masih terngiang-ngiang di telinga ajakan rakan-rakan untuk kembali beraksi.

Fikiran agak berceleru lantaran memikirkan kertas UPSR murid-murid tahun 6 yang terpaksa diulang kerana kebocoran seperti yang diumumkan Kementerian Pelajaran Malaysia. Emosi anak didik perlu dijaga dan didampingi agar mereka tidak kecewa.Disusuli pula faktor kesihatan keluarga.

Berita aktiviti rakan-rakan tidak dikesampingkan sama sekali.Berikut saya paparkan antara hasil pancingan rakan-rakan yang mencipta sejarah dan rekod baharu di lokasi dan mungkin juga di seluruh gugusan FELDA Besout jika tidak sebelumnya, mungkin pada tahun 2014 ini.

Menurut sumber (RPj Cik Li) tangkapan (kelabau) ini di perolehi sekitar tiga hari sebelum cuti sekolah bermula.Di daratkan oleh penjoran tegar RPj Hairi Karnain di lokasi biasa "Corner S" sungai Ladang Ulu Basir. Pertarungan yang memakan masa hampir 40 minit setelah dua perambut berumpan sawit putus sebelum ini.

Apapun, tahniah diucapkan kepada RPj Hairi kerana memadamkan rekod pendaratan kelabau Ulu Basir dalam kalangan rakan-rakan.

Tangkapan lain pada hari yang sama.

Juragan Nizam, Ali Burger bagaimana? Ada Bran?

Kamis, 18 September 2014

Ukuran Layak Kolam Pemancngan Ikan | Info Bagi Calon Pengusaha Kolam Pancingan Ikan

Kolam pancingan ikan yang baik harus dibuat berdasarkan perhitungan-perhitungan ukuran  yang baik dengan mempertimbangkan berbagai hal termasuk mempertimbangkan jenis ikan yang hendak dipancing, jenis kolam pemancingan, yaitu apakah termasuk jenis kolam pemncingan galatama, kolam pancingan arisan atau wul-wulan, atau jenis kolam pemancingan lainnya. Pertimbangan penting lainnya adalah agar pemilik usaha kolam pemancingan tidak rugi atau cepat mendapatkan hasil dari kolam tersebut, tetapi juga harus mempertimbangkan agar pemancing tidak banyak dirugikan.

Berikut kami uraikan ukuran kolam pemancingan yang layak dengan berbagai pertimbangan penting:

  • Ukuran Kolam Pemancingan Ikan Lele sistem Arisan atau Wul-Wulan dengan cara Setek / Nyekrik / Mancing Tanpa Umpan
Hal yang sangat penting diperhatikan dalam kolam pancingan lele sistem wul-wulan atau arisan ini adalah "Jumlah ikan lele dalam kolam pemancingan tersebut nantinya tidak akan pernah banyak". Mengapa?  Kami akan berikan contoh ilustrasi berikut: 
- Rencana jumlah lapak pemancing adalah 40 peserta dengan nilai arisan Rp. 10.000,- per putaran (satu putaran= mulai ikan dimasukkan kolam sampai ikan habis terpancing). Jumlah uang arisan satu kali putaran adalah Rp. 10.000 x 40 = Rp. 400.000,-
- Rencana ikan lele yang dimasukkan rata-rata 2 Kg per ikan. Harga ikan lele yang dijual pemilik kolam ke pemancing per kilogram adalah Rp. 20.000, sehingga rata-rata harga  ikan lele per ekor (2 Kg) adalah Rp. 40.000,- maka jumlah ikan lele yang akan dimasukkan kolam pemancingan dalam satu kali putaran adalah: Jumlah seluruh uang terkumpul / harga  ikan lele per ekor, yaitu Rp. 400.000 / Rp. 40.000 = 10 ekor ikan. Jadi ikan yang memuat lapak sebanyak 40 lapak tersebut hanya akan dimasuki ikan sebanyak 10 ekor dengan bobot rata-rata ikan 2 Kg per ikan. Jika bobot ikan ada yang mencapai 3 Kg atau lebih, maka jumlah ikan yang akan dimasukkan ke kolam tersebut hanya kurang dari 10 ekor ikan lele.
- Mengapa dipilih ikan lele dengan bobot rata-rata 2 Kg per ekor? Sebab pemancing suka strike ikan besar. Sistem arisan atau wul-wulan yang hanya menyediakan ekan kecil (kurang dari 2 Kg per ekor) rata-rata kalah bersaing dengan kolam pemancingan lainnya, dan akhirnya kolam tersebut ..... TEWAS :D 
Oleh karena jumlah ikan lele yang dimasukkan dalam kolam pemancingan sistem arisan atau wul-wulan ini selalu sedikit, maka ukuran kolam yang terlalu luas akan mengakibatkan ikan lele susah terkena pancing, atau ikan lele akan sangat lama habis. Akibatnya adalah membutuhkan waktu yang lama agar pemancing kembali membeli ikan pada pemilik kolam atau dikatakan   putaran arisan menjadi lambat. Hal ini tentunya tidak menguntungkan pemilik kolam sistem arisan atau wul wulan ini, sebab ikannya menjadi tidak banyak terjual, sedangkan pemilik kolam pemancingan ikan mengandalkan pendapatannya pada hasil penjualan ikan lele ini. Akan tetapi, jika ukuran kolam terlalu sempit, maka putaran arisan menjadi terlalu cepat, dan dalam jangka panjang pemancing akan menjadi kurang ngeh karena banyak dirugikan. Hal ini mengakibatkan kolam pancingan seperti ini akan cepat mati juga.

Pertimabangan lainnya adalah terkait dengan kedalaman kolam. Apabila menggunakan pancingan sistem setekan atau nyekrik atau memancing ikan lele tanpa umpan, maka kedalaman ini menjadi bahan pertimbangan yang sangat penting. Apabila kolam ikan terlalu dalam (diatas 90 cm), maka ikan menjadi mudah meleset, atau menjadi terlalu jarang terkena pancing, sehingga putaran arisan atau wul-wulan menjadi lambat. Hal ini mengakibatkan kerugian pada pemilik kolam ikan.

Atas dasar pertimbangan-pertimbangan tersebut, maka kami berikan saran untuk ukuran kolam pemancingan ikan lele dengan sistem arisan atau wul-wulan adalah sebagai berikut:
Ukuran kolam pemancingan ikan lele 1: Untuk Lapak 40-44 pemancing, ukuran yang baik adalah 10 m x 5 m dengan kedalaman kolam 1,2 meter. Kedalam air dari dasar ke permukaan air direncanakan adalah cukup 80 cm, kedalaman permukaan air ke teras kaki pemancing adalah 10 cm, dan kedalaman kaki dari teras duduk adalah 30 cm
Ukuran Kolam Pemancingan Ikan Lele 2:  Untuk Lapak 36-40 pemancing, ukuran yang baik adalah 8 m x 4,5 m kedalaman kolam 1,15 meter. Kedalam air dari dasar ke permukaan air direncanakan adalah cukup 75 cm, kedalaman permukaan air ke teras kaki pemancing adalah 10 cm, dan kedalaman kaki dari teras duduk adalah 30 cm.
Ukuran kolam pemancingan ikan lele 3:  Untuk Lapak 26 - 30 pemancing, ukuran yang baik adalah 6 m x 4 m kedalaman kolam 1,1 meter. Kedalam air dari dasar ke permukaan air direncanakan adalah cukup 70 cm, kedalaman permukaan air ke teras kaki pemancing adalah 10 cm, dan kedalaman kaki dari teras duduk adalah 30 cm.

  • Ukuran Kolam Pemancingan Ikan Lele dengan sistem GALATAMA
Hal yang perlu diperhatikan dalam pemancingan sistem galatama ini adalah sebagai berikut: (1) Ikan dalam kolam galatama jumlahnya harus banyak, idealnya adalah 6 x jumlah lapak yang disediakan. Jadi jika jumlah lapak tersedia adalah 30 lapak, maka jumlah ikan lele yang ideal dan menyenangkan bagi pemancing minimal adalah 30 x 6 yaitu 180 ikan lele. Hal ini akan menyenangkan pemancing sebab setiap pemancing memiliki peluang strike (0,6 x 180) / 30 = 3,6 atau 4 ikan lele per jam. (hitungan 0,6 atau 60% adalah berdasarkan pengalaman tidak akan semua ikan dalam kolam terpancing, akan tetapi hanya 60% saja kemungkinan ikan akan terpancing. Kolam pemancingan agan juga akan terlihat miskin jika sampai ikan dalam kolam galatama terpancing habis :) ). Lebih baik dan memuaskan jika jumlah ikan dalam kolam pemancingan galatama mencapai 8 x jumlah lapak tersedia. 
Mengingat jumlah ikan yang banyak ini, maka ukuran kolam yang ideal juga harus lebih besar dan dalam dibandingkan dengan ukuran kolam pemancingan wul-wulan atau arisan.  
Pertimbangan lain dalam pembuatan kolam  pemancingan ikan lele galatama adalah sistem galatama menggunakan model ikan naik dengan jaring, sehingga pemancing cenderung menggunakan senar pancing sekecil mungkin, dengan cara memancing yang diulur-ulur agar senar pancing tidak putus. Hal ini menjadikan dasar pertimbangan bahwa pemancing lebih senang dengan ukuran kolam pemancingan galatama yang luas.
Berdasarkan pertimbangan-pertimbangan tersebut, maka kami sarankan untuk ukuran kolam galatama sebagai berikut:
Ukuran Kolam Pemancingan Galatama Ikan Lele 1: Untuk Jumlah Lapak 40 Orang: Ukuran yang baik adalah 20 m x 8 m dengan kedalaman   air dari dasar kolam 1 m.
Ukuran Kolam Pemancingan Galatama Ikan Lele 2: Untuk Jumlah Lapak 30 Orang, ukuran yang baik adalah 15 m x 7 m dengan kedalaman air dari dasar kolam 1 m.
Didukung oleh: