Seminggu dua ini rakan-rakan kaki pancing pastinya rancak berbual tentang musim Sang Sepit Biru. Mana- mana lokasi popular sekitar negeri Perak seperti sungai Bernam,Ulu Basir,Ujung Rintis,Batu 6,Batak Rabit,Sungai Tronoh,Sungai Perak,Sungai Matang (Kampung Dew),Sungai Kurau dan Sungai Krian pastinya dikunjungi ramai sahabat dan peminat udang galah.
Khabar terbaru dari rakan-rakan yang berkunjung ke lokasi-lokasi tersebut, sungai Matang (Kampung Dew) mencatatkan hasil tertinggi.Dalam jangka masa 2 hari mereka mampu mendaratkan hampir-hampir 20 kilogram udang. Sungai Bernam juga mencatat jumlahnya tangkapan yang baik. Dalam satu-satu sesi menjoran, rakan-rakan mampu mendaratkan lebih 4 kilogram udang.
Mengambil kesempatan pada musim ini,saya dan beberapa orang sahabat bercadang untuk ke lokasi yang belum dipastikan lagi pada malam hujung minggu ini. Trip akan dikendalikan oleh Saudara Jai salah seorang warga Proton dan bermastautin di Taman Bukit Slim. Saudara Jai anak jati Teluk Intan dan sebahagian besar usia remajanya dihabiskan dengan aktiviti "berikan" di sungai sekitar Teluk Intan.Musim udang dijangka berterusan sehingga awal April nanti.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar