Tampilkan postingan dengan label InfoTrip Joran. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label InfoTrip Joran. Tampilkan semua postingan

Jumat, 20 Desember 2013

Tinggal Beberapa Jam Sahaja Lagi Untuk Trip Penutup Tenggiri Tuas Yan

Tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk memulakan perjalanan menuju Pendang, Kedah.Dari Pendang berlabuh seketika di Pengkalan Nelayan Kuala Sala sebelum meneruskan perjalanan ke Tuas pada pukul 7.00 pagi 22 Desember 2013. Disertai barisan pemancing (12 orang) RPj Ulu Langat (diketuai Rpj Abu Afaf - 7 anggota), Tokanpuakajoran (Slim River), RPj Lan Trolak (Fisherman Trolak) ,RPj Kudinpuakajoran,RPj Abrar,RPj Juragan Nizam Balun dan berkemungkinan ini merupakan trip penutup bagi sesi 2013. Harapan trip ini membuahkan hasil walaupun misi ini hanyalah sebagai aktiviti santai dan merapatkan hubungan sesama rakan.




Jumat, 20 September 2013

22 September 2013 Misi Tuas Yan

Esok 21 September, 12 rakan pancing sekitar Ulu Langat dan KL akan berangkat ke Tuas Yan untuk aktiviti menjoran . Misi selenggaraan Abu Afaf akan singgah menjemput saya di Slim River seterusnya menjemput pula Juragan Nizam di Parit Buntar. Khabarnya persediaan telahpun dibuat dan diatur oleh Juragan Nizam dan Cikgu Mie. Misi Kali ini adalah yang pertama untuk saya pada tahun 2013. Rakan-rakan lain pula sebagai aktiviti santai stelah beraksi di Pulau Jarak, Perak pada bulan lepas. Harap-harap misi ini berhasil.Kami akan beraksi dalam 2 kumpulan pada 22 September nanti.




Kamis, 17 Januari 2013

Musim Sang Sepit Biru Menjelma Lagi

Seminggu dua ini rakan-rakan kaki pancing pastinya rancak berbual tentang musim Sang Sepit Biru. Mana- mana lokasi popular sekitar negeri Perak seperti sungai Bernam,Ulu Basir,Ujung Rintis,Batu 6,Batak Rabit,Sungai Tronoh,Sungai Perak,Sungai Matang (Kampung Dew),Sungai Kurau dan Sungai Krian pastinya dikunjungi ramai sahabat dan peminat udang galah.

Khabar terbaru dari rakan-rakan yang berkunjung ke lokasi-lokasi tersebut, sungai Matang (Kampung Dew) mencatatkan hasil tertinggi.Dalam jangka masa 2 hari mereka mampu mendaratkan hampir-hampir 20 kilogram udang. Sungai Bernam juga mencatat jumlahnya tangkapan yang baik. Dalam satu-satu sesi menjoran, rakan-rakan mampu mendaratkan lebih 4 kilogram udang.

Mengambil kesempatan pada musim ini,saya dan beberapa orang sahabat bercadang untuk ke lokasi yang belum dipastikan lagi pada malam hujung minggu ini. Trip akan dikendalikan oleh Saudara Jai salah seorang warga Proton dan bermastautin di Taman Bukit Slim. Saudara Jai anak jati Teluk Intan dan sebahagian besar usia remajanya dihabiskan dengan aktiviti "berikan" di sungai sekitar Teluk Intan.Musim udang dijangka berterusan sehingga awal April nanti.