Udang Galah, biarpun jumlahnya tidak banyak namun hasilnya tetap memuaskan hati penjoran kecil seperti saya.
Slim River adalah sebuah pekan di Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Terletak di selatan Perak, kira-kira 20 km di utara Tanjung Malim dan 100 km di selatan Ipoh. Slim River merupakan pekan kedua terbesar di daerah Tanjung Malim dan ditadbir oleh Majlis Daerah Tanjong Malim.
Sungai Slim, Slim River
Jika melalui jalan Kuala Lumpur ke Ipoh, berhampiran Tasik YDP beberapa meter sebelum memasuki pekan kecil Slim River terdapat sebatang sungai yang agak deras alirannya. Aliran sungai ini bermula dari banjaran Titiwangsa melalui beberapa Pos atau perkampungan orang Asli antaranya Kampung Orang Asli Kuala Keding ,Kampung Orang Asli Pos Bersih ,Kampung Orang Asli Pos Tenau , melalui Perkampungan Cluny (Cluny Estet), Rasau ,Bantang,Kampung Balun, Kampung Manggis Slim River, Kuala Slim dan akhirnya bertemu dengan sungai Bernam Berhampiran Kampung Cangkat Bintang Alah Batu yang terletak dalam negeri Selangor. Menurut salah seorang warga emas,En. Abdul Majid Bin Musa PJK,Situasi sungai yang agak memanjang (kurus) dan genting di bahagian tertentu (Slim River) mungkin menyebabkan sungai ini di namakan "Slim River" pada zaman penjajahan Inggeris. Nama Slim River masih digunakan hingga ke hari ini.Aliran sungai yang deras, jernih dan tidak tercemar airnya menjadikan sungai ini dihuni oleh ikan-ikan berkualiti tinggi seperti tengas dan kelah. Sebilangan penduduk daerah ini sering mengungkapkan ikan-ikan yang diperolehi dari sungai Slim sangat sedap dan enak dan tidak hairanlah jika ikan-ikan tersebut mendapat permintaan dan harga yang agak tinggi.
Slim River Dari Sudut Sejarah
Slim River adalah tempat berlakunya Pertempuran di Slim River, pertempuran yang menentukan nasib Tentera British semasa serangan Jepun ke atas Tanah Melayu semasa Perang Dunia II.Tentera British telah mengalami kekalahan teruk semasa Pertempuran Jitra apabila Divisyen ke-11 India pimpinan Mej. Jen. David Murray-Lyon ditewaskan oleh Tenetra Jepun pimpinan Lt. Jen.Tomoyuki Yamashita dan yang memaksa mereka berundur ke Kampar. Tentera British mengatur pertahanan di Kampar. Tentera Jepun terus mara dan berhadapan dengan Tentera British dalamPertempuran di Kampar. Tentera British memberikan tentangan hebat tetapi Tentera Imperial Jepun lolos melepasi barisan pertahanan British dan memaksa mereka berundur ke Slim River.
Lt. Jen. A. E. Percival dan Lt. Jen. Lewis Heath tahu sekiranya mereka gagal menyekat kemaraan Jepun dI Slim River, Tentera British tidak akan dapat mempertahankan Selangor dan Negri Sembilan. Bagaimanapun tentera British yang sedang berehat ketika berundur, telah diserang secara mengejut dalam satu pertempuran yang dikenali sebagai pertempuran di Slim River. Pertempuran ini terkenal kerana kejutan yang terhasil apabila sejumlah kecil tentera infantri Jepun dengan bantuan kereta kebal berjaya menumpaskan pasukan Tentera British yang lebih besar. Pertempuran ini mengakhiri harapan tentera British bagi mempertahankan Tanah Melayu.- Rujukan: Wikipedia.
Jika dinyatakan location menggunakan google map memudahkan orang utk mencarinya.
BalasHapus