Tampilkan postingan dengan label Udang galah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Udang galah. Tampilkan semua postingan

Senin, 30 November 2015

Udang Galah Teluk Intan

Dah lama tidak mengupdate blog ini. Bagaimana hendak dimulakan? Saya paparkan dahulu trip-trip menjoran yang masih saya ingatai. Untuk koleksi dan ingatan suka-suka sahaja. Sesungguhnya aktiviti menjoran tidak pernah terhenti biarpun catatan pada blog agak sunyi.

Paparan tertunda ini adalah antara aktivi yang berlangsung pada bulan Oktober 2015 yang lalu. Bersama-sama dengan cikgu Nizam, Saudara Rozaimi kami menyusur Sungai Perak sekitar bandar Teluk Intan. Tidak banyak hasilnya . Sekadar ini sahajalah untuk setiap orang.

Minggu, 05 April 2015

Udang Galah Teluk Intan Trip 23 Januari 2015

Sesekali teringin juga mengimbau kenangan. Sang Sepit Biru tidak kami lupakan.Lokasi kami di sekitar sungai Perak yang merentasi bandar Teluk Intan.Menarik juga menjoran pada waktu malam.Bahang yang tidak terasa cuma serangan nyamuk liar sesekali mencuri darah kami.

Menjelang pukul 5.00 petang, saya, Tok Pawang Hamdi dan saudara Jai bersiap-siap untuk ke lokasi.

PaK Ali, pengusaha bot di kampung Pisang segera kami cari.Dengan kadar sewaan RM 30 semalam kami kira agak berpatutan.
 
 Keindahan bandar Teluk Intan pada waktu malam.

 Tak banyak yang kami perolehi, sekitar 3 kg sahaja.


Rabu, 05 Maret 2014

Sungai Slim dan Udang Galah Sungai Slim

Udang Galah, biarpun jumlahnya tidak banyak namun hasilnya tetap memuaskan hati penjoran kecil seperti saya.






Slim River adalah sebuah pekan di Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Terletak di selatan Perak, kira-kira 20 km di utara Tanjung Malim dan 100 km di selatan Ipoh. Slim River merupakan pekan kedua terbesar di daerah Tanjung Malim dan ditadbir oleh Majlis Daerah Tanjong Malim.

Sungai Slim, Slim River

Jika melalui jalan Kuala Lumpur ke Ipoh, berhampiran Tasik YDP beberapa meter sebelum memasuki pekan kecil Slim River terdapat sebatang sungai yang  agak deras alirannya. Aliran sungai ini bermula dari banjaran Titiwangsa melalui beberapa Pos atau perkampungan orang Asli antaranya Kampung Orang Asli Kuala Keding ,Kampung Orang Asli Pos Bersih ,Kampung Orang Asli Pos Tenau , melalui Perkampungan Cluny (Cluny Estet), Rasau ,Bantang,Kampung Balun, Kampung Manggis Slim River, Kuala Slim dan akhirnya bertemu dengan sungai Bernam Berhampiran Kampung Cangkat Bintang Alah Batu yang terletak dalam negeri Selangor. Menurut salah seorang warga emas,En. Abdul Majid Bin Musa PJK,Situasi sungai yang agak memanjang (kurus) dan genting di bahagian tertentu (Slim River) mungkin menyebabkan sungai ini di namakan "Slim River" pada zaman penjajahan Inggeris. Nama Slim River masih digunakan hingga ke hari ini.Aliran sungai yang deras, jernih dan tidak tercemar airnya menjadikan sungai ini dihuni oleh ikan-ikan berkualiti tinggi seperti tengas dan kelah. Sebilangan penduduk daerah ini sering mengungkapkan ikan-ikan yang diperolehi dari sungai Slim sangat sedap dan enak dan tidak hairanlah jika ikan-ikan tersebut mendapat permintaan dan harga yang agak tinggi.

Slim River Dari Sudut Sejarah

Slim River adalah tempat berlakunya Pertempuran di Slim River, pertempuran yang menentukan nasib Tentera British semasa serangan Jepun ke atas Tanah Melayu semasa Perang Dunia II.Tentera British telah mengalami kekalahan teruk semasa Pertempuran Jitra apabila Divisyen ke-11 India pimpinan Mej. Jen. David Murray-Lyon ditewaskan oleh Tenetra Jepun pimpinan Lt. Jen.Tomoyuki Yamashita dan yang memaksa mereka berundur ke Kampar. Tentera British mengatur pertahanan di Kampar. Tentera Jepun terus mara dan berhadapan dengan Tentera British dalamPertempuran di Kampar. Tentera British memberikan tentangan hebat tetapi Tentera Imperial Jepun lolos melepasi barisan pertahanan British dan memaksa mereka berundur ke Slim River.

Lt. Jen. A. E. Percival dan Lt. Jen. Lewis Heath tahu sekiranya mereka gagal menyekat kemaraan Jepun dI Slim River, Tentera British tidak akan dapat mempertahankan Selangor dan Negri Sembilan. Bagaimanapun tentera British yang sedang berehat ketika berundur, telah diserang secara mengejut dalam satu pertempuran yang dikenali sebagai pertempuran di Slim River. Pertempuran ini terkenal kerana kejutan yang terhasil apabila sejumlah kecil tentera infantri Jepun dengan bantuan kereta kebal berjaya menumpaskan pasukan Tentera British yang lebih besar. Pertempuran ini mengakhiri harapan tentera British bagi mempertahankan Tanah Melayu.- Rujukan: Wikipedia.

Rabu, 26 Februari 2014

Udang Galah Sungai Slim

Sungai Slim , Slim River.


Jenggo yang menelan mata kail saiz 13 (mata ikan) berumpankan cengkerik untuk pancingan baung

Jumlahnya mungkin tidak banyak namun saiznya agak besar. Setiap malam saya dan rakan RPj Odi menghabiskan masa sekitar satu jam di mana-mana lokasi sekitar sungai Slim untuk sesi rehatkan minda dan santai. Hasilnya dapatlah seekor dua Sang Sepit Biru ini. Hanya sekadar suka-suka.

Senin, 21 Januari 2013

Misi Memburu Sang Sepit Biru

Misi memburu Sang Sepit Biru berlangsung seperti dirancang. Hasilnya tidak seperti yang diimpikan. Faktor cuaca mungkin jadi penyebab.Hujan turun mencurah-curah lewat petang. Pergerakan terhad. Air menjadi sejuk. Sang Sepit Biru kurang aktif.

 Suasana Bandar Teluk Intan pada maktu malam yang sempat dirakam.


 Bergerak meninggalkan lokasi kira-kira pukul 6.00 pagi. Hasil yang diperolehi sekitar 20 ekor.
 Pasti akan melkukan misi ulangan sekiranya tiada trip ke Yan seperti perancangan awal.