Tampilkan postingan dengan label RPj Ust. Dusuki. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label RPj Ust. Dusuki. Tampilkan semua postingan

Selasa, 05 Februari 2013

Patin Sungai Cenderiang

Sekian lama tidak berkunjung ke sungai Cenderiang tempat kebiasan menjoran jelawat, tiba-tiba teringin pulak ke lokasi. Bertemankan Ustaz Dusuki dengan menunggang motorsikal menyusuri lorong kebiasaan kami.Puas juga mencari jejak maklumlah sudah hampir setengah tahun tidak ke sini. Sedikit malang, di pertengahan jalan tayar motorsikal pancit, terpaksa menapak hampir 5 km sementara Ustaz Dusuki berpatah balik memperbaharui tayar motorsikal.

Tiba di lokasi agak lewat. Puas lontaran joran dilakukan namun kelibat jelawat tidak kelihatan seperti yang sudah-sudah.Walhal air sungai agak jernih dan tidak begitu dalam, amat sesuai untuk memancing jelawat.Sesekali kelihatan juga kocakan air namun tidak pasti apa jenis ikan yang menghuni sungai ketika itu.

Tidak berapa lama kemudian, kelihatan joran Ustaz Dusuki direntap keras.Rupa-rupanya Sang Patin punya angkara. Berumpankan sawit potong Sang Patin tumpas di tangan Ustaz Dusuki.Biarpun anggarannya cuma 1 kg namun cukup bermakna kerana berjaya juga mendaratkan patin sungai.


 
  Sabar menanti, biarpun tewas kepada Ustaz Dusuki.


 

Sehingga ke akhirnya, saya gagal, usahkan mendaratkan patin anak lampampun tidak mahu menjamah umpan. Sudah kehilangan aura sungai agaknya.Sepanjang beraktiviti, spesis patin ini belum pernah mahu menjamah umpan saya. Malang sekali!

Senin, 21 Januari 2013

Misi Memburu Sang Sepit Biru

Misi memburu Sang Sepit Biru berlangsung seperti dirancang. Hasilnya tidak seperti yang diimpikan. Faktor cuaca mungkin jadi penyebab.Hujan turun mencurah-curah lewat petang. Pergerakan terhad. Air menjadi sejuk. Sang Sepit Biru kurang aktif.

 Suasana Bandar Teluk Intan pada maktu malam yang sempat dirakam.


 Bergerak meninggalkan lokasi kira-kira pukul 6.00 pagi. Hasil yang diperolehi sekitar 20 ekor.
 Pasti akan melkukan misi ulangan sekiranya tiada trip ke Yan seperti perancangan awal.