Pagi 11 Jun kami telah bersedia di Pengkalan Nelayan Sungai Udang menantikan tekong bot "Bri 40"
RPj Cikgu Wahidan,RPj Nizam Balun, RPj Izhar telah membuat persiapan rapi untuk bertarung.
Tiba di Tuas sejam kemudian, memang banyak anak ikan sekitar tuas. Kami mencari umpan hidup walaupun umpan kembung sebanyak 5 kg telah kami sediakan sejak awal pagi. Harga ikan kembung umpan di pasar mencecah RM 8.00 memberi petanda kami akan kumpau.
Tidak peduli, biarpun hasil yang kami jangkakan tidak seberapa namun kami tetap berpegang dengan prinsip belum cuba belum tahu, rezeki Allah siapa yang tahu, yang penting perlu usaha.
RPj Cikgu Wahidan walaupun nampak tidak bermaya mampu juga menewaskan Sang Talang seberat 2 kg. Hanya seeekor tenggiri yang mampu kami bawa balik setelah RPj Izhar berjaya memecah kebuntuan. Selepas itu umpan kami kerap dicuri Sang Golok (Belitung). Tidak banyak yang tumpas, 1 Tenggiri,3 belitung, 2 Pecah Periauk, 3 Talang, 1 Jenahak selebihnya ikan-ikan kecil seperti cencaru dan pelata. Meskipun tewas namun kami dapat merasa beberapa sentapan kuat sang tenggiri dan GT, lebih 7 kali namun kami gagal mendaratkan dengan sempurna.
Bergerak untuk misi memburu jenahak pada sebelah malam.
Mencari umpan sotong untuk memburu Sang Jenahak.
Misi Jenahak gagal, hanya 3 ekor ikan tetanda yang mehu menjamah umpan. Kehampaan kami tidak tergambar sehinggakan terlupa untuk bergambar dengan ikan-ikan yang diperolehi.
Msi seterusnya mungkin pada 7 Syawal - Lokasi : Nibung Tebal - Tokanpuakajoran.
Rezeki anak laut terjejas
Alor Setar:12 Jun,2014 - Lebih 200 nelayan di negeri ini berdepan kesulitan apabila sumber rezeki mereka didakwa terjejas akibat kekurangan hasil tangkapan laut sejak dua minggu lalu disebabkan peralihan monsun barat daya selain faktor cuaca tidak menentu.
Malah, kebanyakan nelayan mula risau dengan ramalan fenomena El Nino dijangka berlaku di Asia Tenggara berpanjangan sehingga enam bulan.
Tinjauan Harian Metro di pelantar ikan Kampung Seberang Kota, Kuala Kedah, di sini, semalam mendapati kebanyakan nelayan tidak turun di ke laut disebabkan sukar mendapat hasil tangkapan seperti yang diharapkan.
Kebanyakan mereka hanya berehat di pelantar sambil membaiki jala yang rosak selain bot sehingga dapat turun ke laut semula apabila keadaan mengizinkan.
Malah, kebanyakan nelayan mula risau dengan ramalan fenomena El Nino dijangka berlaku di Asia Tenggara berpanjangan sehingga enam bulan.
Tinjauan Harian Metro di pelantar ikan Kampung Seberang Kota, Kuala Kedah, di sini, semalam mendapati kebanyakan nelayan tidak turun di ke laut disebabkan sukar mendapat hasil tangkapan seperti yang diharapkan.
Kebanyakan mereka hanya berehat di pelantar sambil membaiki jala yang rosak selain bot sehingga dapat turun ke laut semula apabila keadaan mengizinkan.
NAZROL Abdul Rahim, 16, memeriksa pukat di Pelantar Ikan Kampung Seberang Kota, Kuala Kedah.
Nelayan Mohd Zamani Yaakob, 35, berkata dia bersama dua rakannya keluar ke laut sejak jam 5 pagi hingga 11 pagi semalam, tetapi hanya pulang membawa satu kilogram (kg) ikan kembung dalam tempoh tujuh jam berada di lautan.
Katanya, jumlah hasil yang diperoleh tidak berbaloi untuk dijual dan terpaksa dibahagikan antara mereka untuk dibawa pulang untuk dimakan sendiri.
“Sebelum ini kami mampu membawa pulang sehingga 50 hingga 60kg ikan sehari dan menjualnya kepada peraih di pelantar ini, tetapi sekarang kami sukar untuk menjualnya disebabkan tangkapan yang diperoleh begitu sikit.
“Sekarang ini sedang berlaku peralihan monsun dan hasil tangkapan berkurangan berbanding sebelum ini dan ditambah pula dengan ramalan fenomena El Nino akan berlaku tidak lama lagi menyebabkan kami bimbang terputus mata pencarian,” katanya ketika ditemui, di sini. - METRO.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar