Tampilkan postingan dengan label RPj Wahidan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label RPj Wahidan. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 14 Juni 2014

Hampir Kumpau di Tuas Yan

  
Tidak banyak yang boleh diceritakan, mungkin Trip terakhir sebelum menjelang Ramadhan dan hari Raya. Bertemankan peralihan Monsun dan ditambah pula dengan ramalan fenomena El Nino akan berlaku tidak lama lagi kami nekad meredah samudra untuk misi menjinakkan tenggiri lagi

Pagi 11 Jun kami telah bersedia di Pengkalan Nelayan Sungai Udang menantikan tekong bot "Bri 40"



RPj Cikgu Wahidan,RPj Nizam Balun, RPj  Izhar telah membuat persiapan rapi untuk bertarung.

Tiba di Tuas sejam kemudian, memang banyak anak ikan sekitar tuas. Kami mencari umpan hidup walaupun umpan kembung sebanyak 5 kg telah kami sediakan sejak awal pagi. Harga ikan kembung umpan di pasar mencecah RM 8.00 memberi petanda kami akan kumpau.

Tidak peduli, biarpun hasil yang kami jangkakan tidak seberapa namun kami tetap berpegang dengan prinsip belum cuba belum tahu, rezeki Allah siapa yang tahu, yang penting perlu usaha.





RPj Cikgu Wahidan walaupun nampak tidak bermaya mampu juga menewaskan Sang Talang seberat 2 kg. Hanya seeekor tenggiri yang mampu kami bawa balik setelah RPj Izhar berjaya memecah kebuntuan. Selepas itu umpan kami kerap dicuri Sang Golok (Belitung). Tidak banyak yang tumpas, 1 Tenggiri,3 belitung, 2 Pecah Periauk, 3 Talang, 1 Jenahak selebihnya ikan-ikan kecil seperti cencaru dan pelata. Meskipun tewas namun kami dapat merasa beberapa sentapan kuat sang tenggiri dan GT, lebih 7 kali namun kami gagal mendaratkan dengan sempurna.

 Bergerak untuk misi memburu jenahak pada sebelah malam.

 Mencari umpan sotong untuk memburu Sang Jenahak.




Misi Jenahak gagal, hanya 3 ekor ikan tetanda yang mehu menjamah umpan. Kehampaan kami tidak tergambar sehinggakan terlupa untuk bergambar dengan ikan-ikan yang diperolehi.

Msi seterusnya mungkin pada 7 Syawal - Lokasi : Nibung Tebal - Tokanpuakajoran.

Rezeki anak laut terjejas


Alor Setar:12 Jun,2014 - Lebih 200 nelayan di negeri ini berdepan kesulitan apabila sumber rezeki mereka didakwa terjejas akibat kekurangan hasil tangkapan laut sejak dua minggu lalu disebabkan peralihan monsun barat daya selain faktor cuaca tidak menentu.

Malah, kebanyakan nelayan mula risau dengan ramalan fenomena El Nino dijangka berlaku di Asia Tenggara berpanjangan sehingga enam bulan.

Tinjauan Harian Metro di pelantar ikan Kampung Seberang Kota, Kuala Kedah, di sini, semalam mendapati kebanyakan nelayan tidak turun di ke laut disebabkan sukar mendapat hasil tangkapan seperti yang diharapkan.

Kebanyakan mereka hanya berehat di pelantar sambil membaiki jala yang rosak selain bot sehingga dapat turun ke laut semula apabila keadaan mengizinkan.

NAZROL Abdul Rahim, 16, memeriksa pukat di Pelantar Ikan Kampung Seberang Kota, Kuala Kedah.


Nelayan Mohd Zamani Yaakob, 35, berkata dia bersama dua rakannya keluar ke laut sejak jam 5 pagi hingga 11 pagi semalam, tetapi hanya pulang membawa satu kilogram (kg) ikan kembung dalam tempoh tujuh jam berada di lautan.

Katanya, jumlah hasil yang diperoleh tidak berbaloi untuk dijual dan terpaksa dibahagikan antara mereka untuk dibawa pulang untuk dimakan sendiri.

“Sebelum ini kami mampu membawa pulang sehingga 50 hingga 60kg ikan sehari dan menjualnya kepada peraih di pelantar ini, tetapi sekarang kami sukar untuk menjualnya disebabkan tangkapan yang diperoleh begitu sikit.

“Sekarang ini sedang berlaku peralihan monsun dan hasil tangkapan berkurangan berbanding sebelum ini dan ditambah pula dengan ramalan fenomena El Nino akan berlaku tidak lama lagi menyebabkan kami bimbang terputus mata pencarian,” katanya ketika ditemui, di sini. - METRO.

Senin, 21 April 2014

Puakajoran Sertai Misi Mencari MH370

Pencarian MH370 sudah masuk hari yang ke-43. Merasa muak dengan paparan di media dan usaha mencari yang tidak membuahkan hasil, kami mengambil inisiatif untuk turut mencari tanda sama ada dalam bentuk tumpahan minyak atau serpihan yang mungkin timbul setelah MH370 hilang tanpa dikesan melebihi tempoh sebulan. 

Sejak petang Jumaat 18 April kami telah bersedia. Dibarisi Left. Muda (TKRS) Tokan, Left. Muda (KRS) Juragan Nizam Balun,Left. Muda (KRS) Rozaidi,Left. Muda (KRS) Wahidan, Left. Muda (KRS) Izhar dan tidak membawa "Raja Bomoh 1 Malaysia".

Kami bermula di Pengkalan Nelayan Tanjung Dawai.Raja Bomoh kami tinggalkan melaksanakan tugas khurafat beliau di KM 301.6 PLUS menghalau dan merambas "Jembalang" yang menyebabkan kemalangan maut kepada YB Karpal Singh.

Dengan "pesawat tempur" fiber 30 kaki dan jentera Mercury 100 kuasa kuda yang dikemudi oleh Tekong Halim kami membelah samudra dengan gagah.


 Tiada tanda-tanda MH370 yang hilang dikesan.
 
Setelah usaha mencari berlangsung agak lama, kami memutuskan untuk berlabuh di Tuas. Kami menukar strategi. Pencarian bukan lagi tertumpu kepada MH370 sebaliknya bertukar kepada misi menjinakkan tenggiri.
Sempat melelapkan mata.
 Hero "Telinga Gajah". Mangsa yang ke-9 pada misi ini.
 Tekong Halim.
RPj Izhar, pendatang baru yang menundukkan dua ekor tenggiri dam dua misi. Menerima 10 kali sentapan dalam kedua-dua misi dan berjaya menjinakkan 2.

 RPj Razidi, bertindak sebagai juru perambut untuk misi ini.
 Tekong Halim sedang melayan kerapu.




 RPj Wahidan beraksi dengan "Telinga Gajah".
 

 Hasil pancingan kami untuk trip ini.
 Dan saya, hanya mendaratkan seekor tenggiri pada misi ini.

Mengapa misi mencari MH370 gagal?

Kami kira, kami mencari dilokasi yang salah. Begitu juga dengan pencarian sebenar, mengapa MH370 gagal dikesan? Jawapannya kami rasa sama. Mereka juga mencari di lokasi yang salah. MH370 bukan berakhir di Lautan Hindi.Bukan di Laut Hindi!

Baiknya, kami tidak degil.Kami terus menukar misi setelah menyedari pencarian yang sia-sia.Kami tidak memperbodohkan masyarakat dengan dongengan dan teori yang bercelaru.

Apapun, pada 26 April nanti kami sedang merancang untuk mempertaruhkan aset yang lebih besar dengan anggota tambahan.

Lokasi kami di sekitar perairan Pulau Sembilan, Perak. Tempoh pencarian mungkin mengambil masa selama 24 jam.Tiada kapal selam scorpene,Bluefin 21 dan blue wave yang akan kami gunakan.

Doakan kami menemui MH370 - Tokanpuakajoran.