Rabu, 08 April 2015

Teknik Perambut dan Mengumpan di Nibong Tebal

Jika bernasib baik,siakap, jenahak, GT, merah, senangin, kaci, pari dan kerapu boleh ditemui di lokasi ini. Umpan yang popular dalam kalangan pemancing ialah ikan kembung yang dipotong dua atau tiga. 

Udang hidup juga digunakan untuk memikat GT dan jenahak. Ikan-ikan kecil seperti bebolos, ketuka dan gelama pula suka meratah cebisan udang.

Saya paparkan teknik perambut dan cara mengumpan yang biasa dilakukan pemancing di sini. 

Perambut yang digunakan ialah perambut dawai lembut Sea Hawk cap gajah dengan kekuatan 30 - 40 lbs. Mata pancing,Daichi SOI bersaiz 17 ke atas.Pemberatnya, batu ladung hidup yang biasa digunakan untuk pancingan sungai, bersaiz 3. Pin seharusnya yang mempunyai kekuatan yang mencukupi untuk pertarungan "lawan kuat". 

Tali asas yang dicadangkan ialah benang berkualiti dengan kekuatan sekurang-kurangnya 80 lbs. Joran, yang sederhana keras dan tidak terlalu panjang.

Drag biasanya tidak diberi ruang langsung. Hal yang demikian itu bertujuan menghalang ikan menyusup ke bawah sangkar atau melanggar tali sangkar yang dipenuhi teritip yang selalunya berakhir dengan aksi "putih mata" di pihak pemancing. 

Lontaran umpan pula seharusnya "ngam" di bawah sangkar. Sukar dijangka saiz ikan di sini. Pernah direkodkan ada pemancing yang menumpaskan siakap seberat belasan kilogram.

Kail yang sedikit terbuka akibat aksi "lawan kuat"




Membiarkan rod terpacak di sisi sampan tidak digalakkan. Saya telah menyaksikan rod disentap keras tanpa amaran yang menyebabkan patah di pangkal dan satu set lengkap joran berkubur di bawah sangkar.


 Siakap 5.2 kg.

Siakap Trip Nibong Tebal 29 Mac 2015

"Dari Paya Turun ke Laut" semakin sinonim. Hampir setiap hujung minggu, ada sahaja aktiviti. Jika tidak ke Tuas, ke Nibong Tebal.Sesekali ke Lumut juga. Aktiviti pancingan tawar, tidak pernah dikesampingkan.Untuk seketika, kami leka dengan bau laut dan panas terik mentari.

29 Mac yang lalu, turun di lokasi biasa dengan Tekong Pak Su.Ada jugalah hasil.Seekor siakap seberat 5 kg,3 jenahak saiz sedang  dan 2 ekor GT saiz kecil. Gelama juga menjadi mangsa hari ini.



Siakap.

Tetanda.

Tekong Pak Su (gambar bawah). Mesra pelanggan.Untuk info atau tempahan boleh hubungi 019- 4632148. Bot kecil muatan 4 orang termasuk tekong dengan kadar bayaran yang berpatutan.

Minggu, 05 April 2015

Himpunan Di Tuas 2015, Layaran Tuas Pulau Payar.

 
Himpunan Di Tuas 2015 berlangsung pada 16 Mac 2015. Disertai seramai 18 orang penjoran dari group Puakajoran.blogspot. Himpunan ini adalah langsungan daripada Himpunan di Tuas Kali Pertama pada tahun 2011 yang diadakan di Tuas Yan. 

Objektif utama aktiviti ini adalah sebagai mengisi masa yang terluang disamping bertukar-tukar pendapat dan meningkatkan hubungan silaturrahim dalam kalangan ahli kumpulan yang telah mencecah hampir 70 orang.

Pada kali ini kami memilih tuas Pulau Payar pula. Tiga buah bot telah digunakan untuk aktiviti ini.

Masing-masing dari Tuas Yazid,Tuas Lan Petronas dan Tuas Lan Mazlan.Kumpulan pemancing pula terdiri daripada kumpulan GBS 1 (Geng Bukit Slim) dianggotai oleh Ustaz Faizal Rahim JAIPk, cikgu Nizam,Saudara Ody, Saudara Jai, saya dan Tok Pawang Hamdi.Tekong bot, Lan Mazlan.

Kumpulan GBS 2 (Geng Bagan serai) dianggotai oleh Kudinpuakajoran,Abu Afaf,cikgu Rozidi,cikgu Mie Dulang,cikgu Izhar dan ustaz Dusuki.Tekong bot Lan Petronas.

Gambar kenangan bersama-sama Geng Volcar.

Kumpulan yang terakhir dianggotai oleh rakan pancing dari Team Volcar yang diketuai oleh sdr Zaidi.

Seekor layaran dan enam tenggiri telah ditumpaskan oleh rakan-rakan pada himpunan kali ini.Ikan-ikan lain seperti cencaru,kerisi dan otek turut didaratkan.

Saksikan aksi kami:
 






Layaran petama, rekod peribadi Tokanpuakajoran dan layaran ke 5 catatan Group Puakajoran.

Kumpulan GBS 2





 






Sayangnya kami tiada gambar kenangan hasil pendaratan oleh rakan-rakan Volcar untuk dikongsi.

Aksi Pendaratan Layaran Tokanpuakajoran


Aksi Pendaratan Tenggiri Cikgu Izhar
 
 Aksi Pendaratan Tenggiri Kudinpuakajoran

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program. Sehingga bertemu lagi dalam himpunan berikutnya pada tahun 2016 - Admin.

Trip Nibong Tebal 3 Mac 2015

Ikan kerapu.

ikan GT
 Jenahak vs kerapu

 tetanda
 Haruanpun dapat....

Tuas Pulau Payar Trip 22 Februari 2015, Puaka Silverstone

 
Trip 22 Februari disertai rakan-rakan sekutu dari Team Puaka Silverstone Kamunting terdiri daripada Sharizal, Halil, Boyakman dan dua lagi rakan baharu. Lokasi pilihan kali ini ialah Tuas Pulau Payar.Tekong darat, cikgu Nizam manakala Tekong Bot, Lan Petronas.

Berehat di Hotel Tandop.

 Bergambar sebelum berlepas.
 Hasil pertama, Layaran Tuas Pulau Payar. CnR.







 

 

 Biarpon jauh memburu, akhirnya ikan umpan juga menjadi pilihan.