Tampilkan postingan dengan label Perambut dan Teknik Mengumpan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Perambut dan Teknik Mengumpan. Tampilkan semua postingan

Rabu, 08 April 2015

Teknik Perambut dan Mengumpan di Nibong Tebal

Jika bernasib baik,siakap, jenahak, GT, merah, senangin, kaci, pari dan kerapu boleh ditemui di lokasi ini. Umpan yang popular dalam kalangan pemancing ialah ikan kembung yang dipotong dua atau tiga. 

Udang hidup juga digunakan untuk memikat GT dan jenahak. Ikan-ikan kecil seperti bebolos, ketuka dan gelama pula suka meratah cebisan udang.

Saya paparkan teknik perambut dan cara mengumpan yang biasa dilakukan pemancing di sini. 

Perambut yang digunakan ialah perambut dawai lembut Sea Hawk cap gajah dengan kekuatan 30 - 40 lbs. Mata pancing,Daichi SOI bersaiz 17 ke atas.Pemberatnya, batu ladung hidup yang biasa digunakan untuk pancingan sungai, bersaiz 3. Pin seharusnya yang mempunyai kekuatan yang mencukupi untuk pertarungan "lawan kuat". 

Tali asas yang dicadangkan ialah benang berkualiti dengan kekuatan sekurang-kurangnya 80 lbs. Joran, yang sederhana keras dan tidak terlalu panjang.

Drag biasanya tidak diberi ruang langsung. Hal yang demikian itu bertujuan menghalang ikan menyusup ke bawah sangkar atau melanggar tali sangkar yang dipenuhi teritip yang selalunya berakhir dengan aksi "putih mata" di pihak pemancing. 

Lontaran umpan pula seharusnya "ngam" di bawah sangkar. Sukar dijangka saiz ikan di sini. Pernah direkodkan ada pemancing yang menumpaskan siakap seberat belasan kilogram.

Kail yang sedikit terbuka akibat aksi "lawan kuat"




Membiarkan rod terpacak di sisi sampan tidak digalakkan. Saya telah menyaksikan rod disentap keras tanpa amaran yang menyebabkan patah di pangkal dan satu set lengkap joran berkubur di bawah sangkar.


 Siakap 5.2 kg.

Sabtu, 04 April 2015

Kelabau Kuala Slim 20 Januari 2015

Sesekali layan juga ikan-ikan sungai walaupun lokasi untuk menjoran amat sukar ditemui. 

 
Proses pengubahsuaian sungai sebagai tapak pertanian atau perladangan dan juga proses mengelakkan banjir menjadikan lokasi bertambah cetek dan habitat semula jadi ikan musnah.

Jika adapun satu atau dua lokasi yang baik kebiasaannya kerap dikunjungi oleh penjoran tegar yang lain.Lokasi yang berpotensi menjadi lubuk ikan, kerap pula dituba, dikaran dan dibom pada musim-musim ttertentu.

 Lokasi Sang Kelabau
 Saudara Ody.Sukarnya untuk memperolehi spesis ini...
  Sawit merah, umpan yang sangat digemari Sang Kelabau.
Sawit dipotong dadu dan dicangkukkan ke mata kail. Boleh juga digunakan sawit yang telah diperam sebagai umpan.

Senin, 16 Juni 2014

Cara Memancing Teknik Jigging

Pulau Sembilan dan Pulau Jarak dalam negeri Perak adalah antara lokasi yang amat sesuai bagi  kaki pancing yang gemarkan aktiviti memancing secara jigging.

Memancing menggunakan teknik jigging memerlukan pemancing melakukan cara karauan dan henjutan yang betul.

Teknik yang biasa diamalkan oleh pemancing adalah dua kali karauan yang diikuti oleh henjutan. Aktiviti tersebut hendaklah berterusan sehinggalah jig hampir sampai ke permukaan.


Perlu diingat, sebenarnya kelajuan karauan jig bergantung kepada nisbah ratio gear reel Jigging yang  digunakan. Pemancing digalakkan menggunakan reel gear ratio bawah 5.1.1.

Selain itu, rod yang digunakan seharusnya jenis lembut dan ringan tetapi kuat. Tali pula sebaik-baiknya tali benang halus tetapi mempunyai kualiti dan tahap kekuatan yang tinggi.

Mata jig juga perlu dipelbagaikan.Terdapat pelbagai jig dipasaran.Pemancing boleh menggunakan jig yang beratnya antara 60 - 100 gram jika berada di Perairan Pulau Sembilan, Perak.

Kesesuaian jig mengikut kedalaman dan arus disesuatu lokasi. Penggunaan warna dan mata kail yang sesuai pula mengikut jenis ikan yang mendiami sesuatu lubuk.

Antara perkhidmatan / pengusaha bot ke Pulau Jarak :(Pulau Jarak sport fishing service)

TUNA 2 boatman Sen Stw
h/p 0135337050
Length 36ft
Width 10ft
Twin YAMAHA 200hp
1 day trip (8am-7pm)
RM1700 max 8 persons(212.50 per person)
2 day 1 night (12pm-12pm of next day)
RM2400 max 7 persons

TUNA 3 boatman Cong
h/p:0125255369
Length 42ft
Width 11ft
Twin SUZUKI 300hp
1 daytrip(8am-7pm)
RM2100 max 10 persons
2 day 1 night
RM2600 max 8 persons
All the price including mineral water&ice





Untuk maklumat lanjut teknik memancing secara "jigging" sila layari halaman berikut:

http://lafish.shimano.com/