Tampilkan postingan dengan label Tp Nibong Tebal. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Tp Nibong Tebal. Tampilkan semua postingan

Rabu, 08 April 2015

Teknik Perambut dan Mengumpan di Nibong Tebal

Jika bernasib baik,siakap, jenahak, GT, merah, senangin, kaci, pari dan kerapu boleh ditemui di lokasi ini. Umpan yang popular dalam kalangan pemancing ialah ikan kembung yang dipotong dua atau tiga. 

Udang hidup juga digunakan untuk memikat GT dan jenahak. Ikan-ikan kecil seperti bebolos, ketuka dan gelama pula suka meratah cebisan udang.

Saya paparkan teknik perambut dan cara mengumpan yang biasa dilakukan pemancing di sini. 

Perambut yang digunakan ialah perambut dawai lembut Sea Hawk cap gajah dengan kekuatan 30 - 40 lbs. Mata pancing,Daichi SOI bersaiz 17 ke atas.Pemberatnya, batu ladung hidup yang biasa digunakan untuk pancingan sungai, bersaiz 3. Pin seharusnya yang mempunyai kekuatan yang mencukupi untuk pertarungan "lawan kuat". 

Tali asas yang dicadangkan ialah benang berkualiti dengan kekuatan sekurang-kurangnya 80 lbs. Joran, yang sederhana keras dan tidak terlalu panjang.

Drag biasanya tidak diberi ruang langsung. Hal yang demikian itu bertujuan menghalang ikan menyusup ke bawah sangkar atau melanggar tali sangkar yang dipenuhi teritip yang selalunya berakhir dengan aksi "putih mata" di pihak pemancing. 

Lontaran umpan pula seharusnya "ngam" di bawah sangkar. Sukar dijangka saiz ikan di sini. Pernah direkodkan ada pemancing yang menumpaskan siakap seberat belasan kilogram.

Kail yang sedikit terbuka akibat aksi "lawan kuat"




Membiarkan rod terpacak di sisi sampan tidak digalakkan. Saya telah menyaksikan rod disentap keras tanpa amaran yang menyebabkan patah di pangkal dan satu set lengkap joran berkubur di bawah sangkar.


 Siakap 5.2 kg.

Siakap Trip Nibong Tebal 29 Mac 2015

"Dari Paya Turun ke Laut" semakin sinonim. Hampir setiap hujung minggu, ada sahaja aktiviti. Jika tidak ke Tuas, ke Nibong Tebal.Sesekali ke Lumut juga. Aktiviti pancingan tawar, tidak pernah dikesampingkan.Untuk seketika, kami leka dengan bau laut dan panas terik mentari.

29 Mac yang lalu, turun di lokasi biasa dengan Tekong Pak Su.Ada jugalah hasil.Seekor siakap seberat 5 kg,3 jenahak saiz sedang  dan 2 ekor GT saiz kecil. Gelama juga menjadi mangsa hari ini.



Siakap.

Tetanda.

Tekong Pak Su (gambar bawah). Mesra pelanggan.Untuk info atau tempahan boleh hubungi 019- 4632148. Bot kecil muatan 4 orang termasuk tekong dengan kadar bayaran yang berpatutan.

Minggu, 05 April 2015

Trip Nibong Tebal Dengan Tok Pawang Hamdi 14 Februari 2015

Persiapan untuk Himpunan di Tuas pada 16 Mac 2015 nanti. Sementara itu, kami santai-santai di lokasi yang hampir. Panaskan badan sebelum 'mabuk" sakan.

Aksi Tok Pawang Hamdi.






 Hanya ini sahajalah rezeki kami pada hari tersebut.

Siakap Trip Nibong Tebal 26 Januari 2015

Nibong Tebal, sekitar sangkar peliharaan ikan berhampiran jambatan ke 2 ke Pulau Pinang. Saya tidak sertai trip ini. Rakan-rakan seperjuangan, cikgu Nizam,cikgu Rozidi dan ustaz Hafiz. Hasil yang lumayan.


Jumat, 27 Maret 2015

16 Desember 2014 Trip Kecundang di Nibong Tebal

Ketagih yang semakin menjadi-jadi.Disusuli pula musim cuti persekolahan. Kelas dan kuliah juga sudah berakhir. Selang beberapa hari kami kembali ke lokasi sangkar ikan Nibong Tebal.Misi menjinakkan Si Merah dan Sang Siakap tidak pernah padam.

Seperti biasa tiba di lokasi tepat pada waktunya. Titis hujan mula merenyai.Cuaca yang tadi cerah bertukar tiba-tiba seawal 7.30 pagi.

Kami meneruskan langkah. Malangnya hujan semakin kasar dan kasar.Suasana dingin semakin terasa.



Sehingga pikul 5.00 petang hujan tetap tidak mahu sidang.Akhirnya kami akur dengan qadak dan qadar.Paksu tewas.Cikgu Nizam tewas. Cikgu Rozidi tewas. Saya tewas. Kami tewas!Tewas tidak semestinya mengalahh!Si Merah...tunggu kami datang....



Kamis, 26 Maret 2015

Siakap Merah Nibung Tebal Trip 3 Desember 2014

 
Pulang dari Tuas Trip 2 Desember kami tidak terus ke rumah. Dalam perjalanan kepala kami ligat memikir lokasi.

Keputusan lakasi sangkar ikan berdekatan Jambatan Kedua, Pulau Pinang.Tekong terus dihubungi.Jawapannya positif.

Kami singgah di pekan kecil Nibung Tebal.Tempat menginap dicari.Cikgu Nizam "Offer" rumah baharunya yang belum berpenghuni.

Pucuk dicita ulam mendatang.Bermalamlah kami bertiga, Ustaz Amirul,Cikgu Rozidi dan saya. Cikgu Nizam menghantar beberapa peralatan asas seperti bantal,toto dan selimut.

Keesokan harinya kami berkelana lagi. Kali ini dengan Pak Su di Nibung Tebal pula.

Sebelum ke lokasi kami merayau sekejap di pekan Nibong Tebal.Beli sedikit bekalan termasuk umpan.3 setengah kg ikan kembung.

Kami kira cukup memandangkan kembung semalam masih berbaki hampir 2 kg.
 Rpj cikgu Rozidi dengan siakap merah hampir 3 kg.
 Ustaz Amirul dengan tetanda.
 Merah.
 Hasil pancingan kami. Kali ini tiada Sang Kerapu.

Terpaksa pulang awal juga walhal ikan galak menggetus umpan.Salah percaturan, umpan kembung semalam sudah lembik.Tidak sesuai digunakan.Menjadi bahan santapan Sang Duri yang bermaharaja lela.

Kami akur.Ini sahaja rezeki kami.Puas namun terkilan.Malam itu juga kami bergegas pulang ke Slim River.

Minggu, 30 November 2014

Trip Joran Nibong Tebal 30 November 2014

Disertai Sdr Fendy Frozen dan Cikgu Nizam kami mencuba nasib di lokasi sangkar ikan Nibong Tebal sekitar Jambatan ke 2 Pulau Pinang. Hasilnya agak memuaskan.

Teruji juga joran Maguro yang baru saya beli.Tekong bot kami seorang yang berpengalaman juga.

Pak Su, gelaran yang sebati di lokasi.Pelbagai jenis ikan boleh ditemui di sini dan saiznyapun agak mega.

Umpan popular yang digunakan ialah kembong potong dan udang hidup.

Habitat Sang Duri yang selalu mencuri umpan memenatkan aksi.