Tampilkan postingan dengan label RPj Abu Afaf. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label RPj Abu Afaf. Tampilkan semua postingan

Kamis, 26 Maret 2015

Trip 14 Desember 2014 Tenggiri Tuas Pulau Payar

 
Kedegilan rakan-rakan Puakajoran tidak terhenti malah seperti tidak ada noktahnnya. Kebasaannya pada tarikh begini lautan bergelora. 

Pada tahun lepas (2013) teruk kami dikerjakan badai.Kalau sudah kemaruk, apapun tidak dihiraukan.14 Desember 2014 buat pertama kali kami menjejakkan kaki di Pengkalan Nelayan Kuala Sala Kubang Rotan, Kuala Kedah. 

Kami mula mengenali Tekong Lan Petronas setelah diperkenalkan Rpj Kudinpuakajoran.Lokasi kami Tuas Pulau Payar berdekatan kawasan pemeliharaan dan pemuliharaan ikan.



 

 







 
Rehat sebentar agaknya selepas trip ini....

Sabtu, 07 Juni 2014

Bingkisan Tasik Kenyir

Tasik Kenyir syurga pemancing ikan air tawar.Kesempatan balik kampung, Abu Afaf sempat beraktiviti menjoran kelah.

Satu daripada 3 ekor kelah yang ditumpaskan.Lokasi pancing, Sungai Cacing. Umpan sawit.

Minggu, 23 Juni 2013

Memancing di Bosphorus,Istanbul, Turki - Catatan Abu Afaf Puakajoran

 
Abu Afaf (kiri) Berangkat ke Turki pada 28 Mei Hingga 5 Jun 2013 bagi urusan kerja mewakili MAAHAD TAHFIZ AZ ZAHRAH.

Melaksanakan urusan rasmi pada 2 Jun di Isparta, Turki.

Tiga hari sebelum berlepas ke Isparta, mengambil kesempatan di Istanbul, melawat tempat-tempat bersejarah seperti masjid Biru, Aya Sofea, Masjid Sultan Sulaiman dan Topkapi (Muzium).

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan sebagai "kaki joran", sempat memancing di Bosphorus, selat yang memisahkan eropah dan Asia.

Aktiviti masyarakat setempat memancing di pesisiran selat menggunakan mata kail kecil tanpa umpan.

Ikan yang dipancing ialah anak sardin dan anak tuna. Hasil dijual kepada restoran ikan bakar berhampiran.

Dalam bahasa turki ikan disebut "Balik". 

Ikan-ikan tersebut digoreng bersalut tepung.Harga ikan di sini agak mahal .

Sekitar Bosphorus, terdapat banyak restoran yang menyajikan ikan bakar untuk dinikmati.