Sabtu, 17 November 2012

Saya Lebih Senang Jadi Nelayan Semula

Hazayani Zakaria , 17 Nov 2012
KOTA BHARU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa Islam mengajar beliau agar tidak meminta-minta jawatan.

Justeru, beliau mengulangi kenyataan bahawa beliau tidak berhasrat menjadi Perdana Menteri selepas Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya.

Beliau berkata, fokus utama PAS dan Pakatan Rakyat adalah untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13, bukan menentukan siapa yang layak menjadi Perdana Menteri.

"Saya sebagai pemimpin yang diajar dalam Islam tak boleh minta jadi pemimpin dan memimpin ini satu amanah yang berat, yang besar tanggungjawabnya.

"Apa yang penting kita nak ke Putrajaya. Siapa Perdana Menteri ialah mereka yang dipilih rakyat, yang layak, yang dapat menyatukan dan menegakkan keadilan untuk rakyat.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya sanggup jadi nelayan balik. Seboleh-bolehnya saya ingin menjadi khadam rakyat," kata beliau pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS Kali ke-58 di Putik hari ini.

Beliau juga berkata, PAS merupakan sebuah parti yang mengamalkan demokrasi apabila memberi ruang kepada perwakilan menyuarakan pandangan dan kritikan.

"Demokrasi dalam PAS, kita membenarkan orang bercakap dalam muktamar dan kita akan gulung dan jawab. Ada yang wajar, ada yang tak wajarlah. Ada batasnya.

"Apa lagi sekarang ini zaman terbuka, bukan sahaja yang lidah panjang tapi tangan panjang tulis macam-macam pandangan dia dalam blog dansebagainya dan orang ambil pandagannya," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali memberitahu, pembahagian kerusi antara PAS dan Pakatan Rakyat sudah selesai 90 peratus.

"Pembahagian kerusi dengan Pakatan Rakyat lebih 90 peratus selesai tapi kita tak boleh sebut lagi kerusi-kerusi tersebut," katanya sambil menambah, terdapat wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan bertanding

Selasa, 25 September 2012

Arowana Sungai Kurau @ Sungai Gedong

Sungai kurau atau Sungai Gedong adalah salah sebuah sungai yang berasal daripada aliran air kolam atau tasik Bukit Merah yang terkenal dengan ikon ikan arowana yang bernilai tinggi. Suatu ketika dahulu arowana boleh didapati dengan mudah di sungai ini. Salah seorang yang menjadikan tangkapan anak-anak arowana sebagai pencarian utama sekitar tahun 70 - 80-an ialah Allahyarham Pak Cik Mat Husin yang tinggal tidak berapa jauh daripada rumah kelahiran saya di kampung.Pada ketika itu seekor anak ikan arowana yang sebesar tiga jari orang dewasa dijual dengan harga RM 30 hingga RM 50 bergantung pada kualitinya. Ketika ini harga pasaran seekor anak arowana yang baru menetas mencecah RM 400 . Itupun masih boleh disangsikan samaada ikan -ikan itu memang dari Baka Bukit Merah ataupun baka tempat lain yang hanya dibiakkan di kolam-kolam buatan pengusaha tempatan atau syarikat asing yang berkembang maju sepanjang Tali Air Pancur, Bukit Merah menggunakan aliran air kolam Bukit Merah.

Saya pernah berkongsi cerita suka duka pemburu arowana atau kelisa sekitar tahun 80-an dahulu. Sebahagian daripada mereka masih boleh ditemui dan bermastautin di felda Besout 4. Pernah mereka memperolehi tangkapan sehingga 7 ekor anak kelisa pada satu-satu malam. Menurut mereka anak-anak kelisa liar biasanya akan berada dalam lingkungan tidak jauh daripada tempat anak ikan pertama ditemui. Dengan berpandukan cahaya lampu suluh, pemburu kelisa akan berlegar-legar di kawasan tersebut menantikan anak-anak kelisa itu muncul. Menurut mereka, induk kelisa akan menyembunyikan anak-anaknya di dalam mulut apabila menyedari anak-anaknya terancam. Terserempak Sang Bedal adalah pengalaman biasa bagi pemburu kelisa Sungai Kurau ketika itu.


Ini adalah gambar-gambar ikan arowana Sungai kurau yang dipelihara oleh salah seorang pengusaha taradisi yang juga merupakan sahabat baik adik saya, Kudin. Walau bagaimanapun, pengusaha terbabit, Pak Andak Talib tidak mahu diberi publisiti, lantaran tidak mampu melayani permintaan yang tinggi terhadap arowana asli Bukit Merah yang diusahakannya.




Salah seekor induk Kelisa Emas Bukit Merah kesayangan Pak Andak Talib.
Gambar kiriman Kudin dengan ikhsan Pak Andak Talib.

Sabtu, 22 September 2012

Kelabau Dan Kaloi Penghujung September 2012

Malam 18 September,ketika sedang bersedia untuk kembali meneroka "khazanah rimba" terserempak dengan sahabat joran Ali Burger, sedang menanti hidangan istimewa di kedai makan Awe Pusat Niaga Besout, hasil pancingan siang tadi. Seekor kelabau bersaiz mega. 2.9 Kilogram. Saiz yang jarang-jarang boleh ditewaskan dengan mudah apatah lagi lokasi persembunyian spesis ini kebiasaannya dipenuhi reba dan bangkar.Mendaratkannya perlu berhati-hati dan sabar. Jika tersilap, boleh berputih mata.

Bukan hanya kelabau, seekor kaloi seberat 3 kg juga menjadi mangsa Ali pada hari dan di lokasi yang sama, Sungai Bernam ,Ulu Basir.



Dua ekor tangkapan yang cukup mengujakan.

Memenuhi talam hidangan.
 Sedia untuk dihidangkan.
Tokan bercadang untuk ke lokasi pada hari ini. Persiapan telahpun dibuat. Malangnya hujan turun berpanjangan sejak tiga hari lalu. Lazimnya air sungai menjadi keruh. Kelabau susah menjamah umpan jika air sungai keruh dan sejuk. Perburuan terpaksa ditangguhkan.

Minggu, 02 September 2012

Lelaki maut, rakan cedera dirempuh seladang

01/09/2012 7:10pm

IPOH — Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera akibat dirempuh seladang di Hulu Air Pasir, Banding dekat Gerik semalam.

Musa Ismail, 56, maut akibat cedera parah di perut manakala Isa Abdullah, 24, patah kaki dan tangan kiri dan dirawat sebagai pesakit luar.

Kedua-dua mereka bersama seorang lagi rakan mereka, Abdul Mohd. Sharifudin A. Manas, 35, diserang haiwan itu ketika dalam perjalanan untuk memasuki Hutan Simpan Royal Belum secara haram antara pukul 3 dan 6 petang.

Abdul Mohd. Sharifudin tidak cedera, kata Ketua Polis Daerah Gerik, Supt. Abdul Manab Baharum ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kesemua mereka cuba memasuki hutan simpan itu melalui lorong tikus di Km 68.4 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) untuk memancing dan memukat ikan.— BERNAMA.

Tokan: Ada lagi Sang Seladang di bumi Perak.Syukur masih belum pupus. 

Seladang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Seladang
Seekor seladang di Taman Negara Bandipur, India
Seekor seladang di Taman Negara Bandipur, India
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Mamalia
Order: Artiodactyla
Keluarga: Bovidae
Genus: Bos
Spesies: B. gaurus
Nama binomial
Bos gaurus
H. Smith, 1827
Seladang (Bos gaurus, dahulu Bibos gauris) ialah sejenis haiwan bovin yang besar dan berbulu warna gelap di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Bilangannya yang terbesar pada hari ini adalah di India. Seladang ialah spesies lembu liar yang terbesar dan adalah lebih besar daripada Kerbau Tanjung, Kerbau Air Liar Asia, dan bison. Dalam konteks pelancongan safari, ia dikenali sebagai bison India, akan tetapi istilah ini tidak tepat daripada segi teknikal. Bentuk bela jinak Seladang dikenali sebagai gayal atau mithun.
Seladang dapat dikenal pasti menerusi rabung cembungnya yang tinggi pada dahi di antara tanduknya yang melentur dengan tetap ke depan. Ini menyebabkan lekuk pada tampang bahagian atas kepalanya. Hujung tanduk melentur ke dalam dan sedikit ke belakang, manakala kaki tanduk sangat leper. Telinga Seladang amat besar, tetapi ekornya hanya sampai ke pergelangan kaki belakang. Tidak terdapat gelambir yang jelas pada leher dan dadanya. Rabung di bahagian belakang sangat ketara.
Seladang jantan dewasa berwarna antara perang gelap sehingga hampir hitam bagi Seladang yang amat tua. Bagaimanapun, bahagian atas kepala dari atas mata sehingga tengkuk berwarna kelabu atau kekadangnya putih kotor. Muncung Seladang jantan berwarna pucat, dengan bahagian bawah kakinya berwarna putih tulen. Bulu jantan yang tua sangat nipis pada bahagian belakangnya.[1] Sebaliknya, warna Seladang betina dan anak lebih pucat dan kekadang mempunyai warna kuning keperang-perangan sedikit yang paling ketara bagi Seladang yang hidup di daerah kering dan terbuka. Tanduk Seladang berwarna hijau pucat atau kuning hampir pada sepanjangnya tetapi hujung tanduk berwarna hitam.[1]

Isi kandungan

Ciri-ciri

Seladang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum :bertulang belakang (vertebrata), kelas : mamalia (berdarah panas, berbulu dengan kelenjar menyusu, dan menjaga anak) Aturan : Artiodactyla, Keluarga : Bovidae.
Seladang tergolong dalam keluarga yang sama dengan Lembu, Banteng dan Kambing Gurun. Seladang jantan yang matang boleh membesar dan mencapai ketinggian 2 meter (6 kaki) dan berat sehingga 900 kilogram. Jangka masa bunting/ mengandung adalah 9 bulan dan biasanya seekor anak dilahirkan. Anaknya mencapai tempoh matang dalam masa 3 tahun dan ia boleh hidup selama 25 tahun.
Seladang hidup di dalam kumpulan 4-8 ekor yang boleh mencapai sehingga 30 ekor. Kumpulan ini diketuai oleh seladang jantan yang berkuasa. Seladang lebih aktif ketika subuh dan senja serta berehat daripada pancaran terik matahari di bawah pokok sepanjang hari. Seladang adalah haiwan maun dan makanan utama Seladang adalah tumbuhan, terutamanya rumput-rumpai. Seladang mudah ditemui di kawasan di mana rumput, pokok herba, pokok renek dan daun-daun mudah diperolehi.

Selembu di Zoo Negara Malaysia.
Pada masa ini terdapat kacukan baka seladang dan lembu yang dikacuk di Zoo Negara Malaysia, yang dikenali sebagai Selembu.

Habitat

Seladang biasanya didapati di Hutan Tropika dan Tanah Berhutan.

Ancaman

Seladang perlu berhati-hati dengan haiwan pemangsa seperti harimau, dan harimau bintang dan "MANUSIA" pada setiap masa.

Kamis, 30 Agustus 2012

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE-55

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE-55
Bendera Pictures, Images and Photos 
55 TAHUN MERDEKA!!!!! JANJI DITEPATI????
 
MENJORAN UNTUK SEMUA
"Fishing For All"

Sabtu, 18 Agustus 2012

Selamat Menyambut Eid Mubarak 1433 H

Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar, Walillahilhamd, http://puakajoran.blogspot.com/ mengucapkan SELAMAT MERAYAKAN AIDIL FITRI 1433H.Semoga segala amalan diberkati oleh Allah.Maaf zahir dan batin.


Semoga dipertemukan Ramadhan yang berikutnya. Menjoran Untuk Semua @ Fishing 4All - Tokan.


Beberapa adab dan perkara yang disunatkan untukdilakukan pada hari raya.
1. Membersihkan diri sebelum keluar untuk solat hari raya
Antara dalilnya ialah sebagaimana berikut :
a. Adalah Ibnu Umar mandi pada hari raya sebelum dia keluar
(riwayat imam Malik dengan sanad yang sohih )
b. Telah sabit bahawa para sahabat bersugi dan memakai bauan pada hari raya.
c. Telah sabit juga bahawa Ibnu Umar mandi dan memakai bauan pada hari raya Eidil Fitri.
d. Sebahagian ulama’ menyatakan sunat mencukur bulu dibadan dan memotong kuku kerana ia adalah penyerpurna dalam berhias.
2. Memakai sebaik-baik pakaian
Adalah bagi Rasulullah S.A.W satu jubah yang dipakai pada kedua hari raya.
3. Makan tamar atau seumpamanya sebelum keluar untuk solat hari raya
a. Daripada Anas adalah Rasulullah S.A.W tidak bersarapan pada hari raya eidul fitri sehingga baginda makan tamar dan memakannya secara ganjil pada bilangan.
(riwayat imam Bukhari dan Ahmad)
b. Daripada baridah telah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W tidak keluar pada hari raya eidil fitri sehingga baginda makan dan tidak makan pada hari raya korban sehingga menyembelih binatang korban. ( riwayat imam Ahmad dalam sohih Al-Jami’ )
4. Keluar solat hari raya dimasjid dan seumpamanya
Ummu ‘Athiyyah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W telah memerintahkan kami supaya keluar pada hari raya eidil fitri dan eidil adha termasuk perempuan yang baru baligh, mereka yang datang haidh dan mereka yang sibuk dengan tugas di rumah. Maka bagi mereka yang datang haidh hendaklah tidak turut sama untuk solat dan mereka menyaksikan kebaikan dan jemputan muslimin. ( Riwayat imam Bukhari dan Muslim)
Setengan ulama’ mewajibkan para muslimin untuk keluar ke temapt solat hari raya.
5. Melaungkan takbir pada hari raya
Daripada Ibnu Umar berkata bahawa Nabi S.A.W bertakbir pada hari raya eidil fitri bermula ketika baginda keluar dari rumah sehinggalah sampai di temapt solat hari raya.
( Riwayat Baihaqi dan al-hakim dalam sohih al-Jami’ )
6. Melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan pulang dari tempat solat hari raya
Adalah Rasulullah S.A.W apabila keluar pada hari raya pada satu jalan, baginda pulang pada jalan yang lain. ( Riwayat imam Bukhari dalam sohih al-Jami’ )
7.Mengucapkan tahniah dan ucapan selamat hari raya kepada para muslimin
Adalah para sahabat apabila bertemu pada hari raya, mereka akan mengatakan kepada mereka yang ditemui dengan kalimah yang bermaksud : Semoga Allah menerima segala amalan kami dan kamu.
( Telah berkata telah diriwayat oleh al-Muhamili dan selainnya dengan sanad yang sohih dalam Tamam al-Minnah )
Semoga amalan diberkati. Wallahhuaqlam - Tokan

Minggu, 05 Agustus 2012

SELAMAT MENYAMBUT NUZUL QURAN

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya(al Qur’an) pada malam yang penuh barakah” (Surah Al-Baqarah: 185). Yang dimaksud malam tersebut sudah pastinya di bulan Ramadhan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al Qur’an.”

Surah Al-'Alaq adalah yang ke-96 dari surah-surah dalam Al Quran. Surah Al-'Alaq terdiri atas 19 ayat.Diturunkan di Makkah pada malam 17 Ramadhan dan tergolong dalam surah-surah Makkiyah (diturunkan di Makkah). Ayat 1 hingga 5 dari surah ini merupakan ayat-ayat yang pertama  diturunkan ketika Nabi Muhammad s.a.w. sedang "berkhalwat" di Gua Hirak. Surat ini dinamai Al 'Alaq (segumpal darah), diambil dari perkataan Alaq yang terdapat pada ayat ke-2 di dalam surah ini.


[1]
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
[2]
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
[3]
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
[4]
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
[5]
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
[6]
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
[7]
Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
[8]
(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).
[9]
Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) -
[10]
Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?
[11]
Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? -
[12]
Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?
[13]
Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?
[14]
Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?
[15]
Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), -
[16]
Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.
[17]
Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),
[18]
Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!
[19]
Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh).
Pada malam-malam terakhir bulan Ramadhan ini juga terkandung fadhilat yang amat besar kepada orang-orang yang ingin mencari keredhaan Allah. Kisah ini terkandung dalam surah Al-Qadr.
 

yang bermaksud:

[1]
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
[2]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
[3]
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4]
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[5]
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.


TAZKIRAH
  • Dari Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melakukan ibadah Ramadhan karana iman dan mengharap redho-Nya, maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
  • Apabila tiba bulan Ramadan, maka berumrahlah engkau, sesungguhnya umrah pada bulan tersebut (pahalanya) sebanding dengan (pahala) haji. (Hadis Riwayat Muslim)”
  • Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahala orang yang berbuka itu, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun. (Hadis Riwayat Tirmidzi)”  
  • “ Sesiapa yang berusaha menuntut ilmu, maka Allah permudahkan baginya jalan menuju syurga. Para malaikat melebarkan sayapnya sebagai tanda keredhaan keatas penuntut ilmu dan seluruh isi alam langit dan bumi serta ikan di lautan mengucapkan istighfar (memohon keampunan daripada Allah S.W.T. ) terhadap orang yang menuntut ilmu. Sesungguhnya kelebihan orang berilmu itu mengatasi orang yang abid (ahli ibadat) adalah seumpama sinaran bulan purnama keatas gugusan bintang di langit .” - Mafhum Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi.

SELAMAT MENJALANI IBADAH.
MENJORAN UNTUK SEMUA/FISHING 4 ALL.
SALAM RAMADHAN - TOKAN