Minggu, 16 Maret 2014

Awas Nelayan Kecil : Angin kencang, laut bergelora hingga esok!


KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak, Labuan dan Sabah dijangka berterusan sehingga esok.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, kawasan yang terlibat di Sarawak ialah Bintulu dan Miri, sementara di Sabah pula membabitkan kawasan Pantai Barat, Pedalaman dan Kudat.

Selain itu, kawasan pantai Kelantan, Terengganu dan Pahang turut terdedah kepada kenaikan paras air laut dalam tempoh sama, kata jabatan itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ia berkata angin kencang Timur Laut itu yang berkelajuan antara 40 dan 50 kilometer sejam dengan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter adalah berbahaya kepada semua bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Jabatan Meteorologi juga melaporkan ketampakan rendah kurang daripada lima kilometer di sekitar perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor Barat dan Selat Melaka berikutan jerebu.

Keadaan itu juga dijangka berterusan sehingga esok dan ia adalah berbahaya kepada kapal-kapal yang tidak mempunyai pemanduan arah pelayaran.  - Bernama

Senin, 10 Maret 2014

Misteri Kehilangan MH370 dan Rapala

VS

Kehilangan Pesawat MH370 sudah masuk hari ke-3. Jika meneliti kepada gerakan mencari dan hujah kebanyakan penganalisa penerbangan mengatakan bahawa pesawat MAS MH370 mungkin terhempas ke laut.

Ini pula hujah penjoran tegar Puakajoran dan Anggler TKP 502 Bersekutu:

Purata momentum kelajuan Boeing 777-20 semasa terbang mendatar di angkasa adalah pada kadar kelajuan 800-900 km/jam. 

Berdasarkan kelajuan jika pesawat terhempas ke laut logiknya mesti terdapat serpihan-serpihan yang timbul.

Dengan kelajuan tersebut jika pesawat dalam keadaan menjunam dengan situasi badan pesawat  yang besar dan bahagian sayap yang melempang air (laut) pastinya bahagian-bahagian tertentu akan patah dan pecah-pecah, pesawat bukan roket yang berkemungkinan boleh terus menjunam ke dalam air. 

Jika pesawat jatuh perlahan-lahan  dan masuk ke dasar laut seperti Fransa Airlines atau Titanic, mesti isyarat automatik yang terpasang pada pesawat akan terkirim kepada semua perkakasan yang ada radar seperti kapal laut,nelayan,stelite dan lain-lain secara automatik juga kecuali isyarat automatik pada pesawat dimatikan terlebih dahulu.

Hanya RAPALA  yang terhempas masuk ke laut (air) tidak menghasilkan isyarat atau signal, namun drag kekili tetap akan berbunyi secara tiba-tiba dan talipun berhamburan tatkala disambar puaka. 

Pertarungan ego vs nyawapun bermula.......

Kita masih berharap agar keluarga dan waris penumpang pesawat MH370 yang masih hilang dapat bersabar sambil berdoa mengharapkan semua mangsa yang terlibat dapat ditemui dalam keadaan selamat.

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلىٰ وَنِعْمَ النَّصِيْرُ
* Teori dirampas jangan di kesampingkan.
* Teori Pengganas Islam jangan dipandang enteng.
* Teori konspirasi politik harus juga diberi perhatian.

Apapun teori dan sebijak manapun kita, kuasa Allah mengatasi segalanya.
Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.
Kembalikan Sains kepada penciptanya.

Wallahhuaqlam.

Kamis, 06 Maret 2014

Ikan Kelah, Tengas dan Lampam Sungai Slim, Slim River

Sungai Slim (Slim River) yang berarus deras, jernih dan sejuk airnya, dasar yang berbatu dan berpasir serta disusuli kewujudan jeram di beberapa lokasi menjadi habitat ikan kelah dan tengas membiak. Ditambah pula dengan terbentuknya anak-anak sungai yang deras serta dasar sungai yang berbatu-batan di beberapa lokasi sepanjang sungai, menambahkan lagi ciri-ciri habitat pembiakan ikan kelah dan tengas.

Koleksi Seminggu Tokan Puakajoran (Lampam, Tengas dan Kelah)

Musim kemarau yang berlarutan memberikan banyak ruang kepada saya untuk hanya beraksi di sekitar sungai Slim, Slim River. Keghairahan berkunjung ke sungai Cenderiang, Air Kuning,Tronoh Mines dan kawasan sekitarnya untuk memburu jelawat hampir padam dari kolam ingatan.Begitu juga misi tenggri di Tuas Yan dan Tanjung Dawai hampir tidak terlintas langsung. Misi Pulau Jarak dan Tasik Banding semakin berkubur. Kesemuanya gara-gara lampam, tengas dan kelah sungai Slim.Saya hanya aktif secara solo dan berkumpulan pada waktu malam justeru kelibat Sang Kelabau tentulah tidak memandang walaupun kelabau merupakan salah satu spesis yang saya minati.

Berikut saya paparkan hasil koleksi seminggu menjoran secara solo dan bersama-sama teman di sekitar sungai Slim, Slim River.

Lampam Sungai Slim, Slim River.



Tengas Sungai Slim, Slim River.



Kelah Sungai Slim, Slim River.



Tengas dan kelah Sungai Slim, Slim River.


Perbezaan Kelah dan Tengas

Menurut Mukhlis Tengas dan kejor (panggilan tempatan) ialah dua spesis ikan yang hampir menyamai ikan kelah. Jika diimbas sekali, kelihatan ikan Tengas dan Kejor amat menyerupai ikan Kelah. Jika tidak mahir, anda boleh terkeliru antara kelah dan tengas/kejor. Nama saintifik ikan tengas ialah “Neolissochilus Hexagonolepis”. Ikan tengas ini juga biasa dipanggil sebagai “tengas batu”. Sementara ikan kejor ialah “Neolissochilus Soroides”. Ikan tengas daun pula diklasifikasikan sebagai ” Poropuntius Smedleyi”.

Sebenarnya, apabila disebut “ikan kelah” memang merujuk “ikan kelah merah” yang taburannya di sekitar Pahang, Terengganu dan Kelantan. Sementara “ikan kelah biru” jarang ditemui dan secara geografi, taburannya biasa di kawasan Endau-Rompin. Sementara “ikan kelah hijau” adalah panggilan nama yang diguna-pakai oleh orang orang Cina (peminat dan penternak) untuk merujuk sebenarnya kepada “ikan tengas”, iaitu satu spesis yang mirip mirip kelah, dan juga dipanggil sebagai “false mahseer”. Oleh itu jangan mudah tertipu semasa membeli ikan Kelah kerana terdapat peniaga yang menipu pembeli dengan menawarkan ikan Tengas/Kejor dengan harga setinggi Ikan Kelah kerana kedua ikan ini kelihatan sama dan sukar dibezakan.


Ikan di atas: Ikan Kelah @ Masheer
Ikan di bawah: Ikan Tengas @ Neolissochilus Hexagonolepis


Bulatan merah menunjukkan perbezaan bibir ikan Ikan Kelah dan Ikan Tengas.
Ikan yang dalam bulatan merah ialah ikan Kelah

Info dari Wikipedea

Ikan Kelah (bahasa Inggeris: Mahseer) adalah ikan kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik besar, dan merupakan ikan sukan yang digilai dan banyak terdapat di India dan secara amnya di Asia Selatan.Ikan ini digambarkan pada asalnya oleh Hamilton pada tahun 1822, dan pertama kali disebut dalam cabaran memancing dalam Majalah Oriental Sporting pada tahun 1833, dan kemudiannya menjadi buruan kegemaran pemancing British yang menetap di India. Spesies Golden Mahseerdiketahui mencapai 2.75 meter (9 kaki) panjangnya dan 54 kilogram (118 paun) beratnya, walaupun spesimen sebesar ini jarang dinampak pada hari ini.

Ikah Kelah mendiami di sungai serta tasik, dan naik ke anak sungai yang pantas serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak. Serupa dengan jenis ikan kap yang lain, mereka merupakan omnivor dan makan bukan sahaja alga, krustasia, serangga, katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok di atas.

Selain daripada ditangkap untuk sukan, ikan kelah juga merupakan sebahagian perikanan komersil di India.

- Mahseer Sirip Merah (Red-finned Mahseer) (juga digelarkan "Mahseer Insang Pendek" (Short-gilled) ataupun "Mahseer Badan Menghunjam" (Deep-bodied Mahseer): Tor tor (Hamilton)
- Mahseer Emas (Golden Mahseer) (juga digelarkan "Mahseer Sirip Kuning" (Yellow-finned) ataupun "Mahseer Himalaya Biasa" (Common Himalayan Mahseer): Tor putitora (Hamilton)
- Mahseer Tembaga (Copper Mahseer): Tor mosal (Hamilton)
- Jungha: Tor progeneius (McClelland)
- Mahseer Decca (Deccan Mahseer}: Tor khudree (Sykes)
- Mahseer Belakang Tinggi (High-backed Mahseer) (juga digelarkan "Mahseer Ponok" (Hump-backed) atau "Mahseer Selatan" (Southern Mahseer): Tor mussullah (Sykes)
- Mahseer Malaysia (Malaysian Mahseer): (juga digelarkan ikan Kelah atau Kap Anak Air Besar (Greater Brook Carp): Tor tambroides
- Kelah Batu (Spesies belum dikenal pasti)
- Ulu Kemapan , Endau - Rompin National Park , Malaysia
- Mahseer Coklat {Brown Mahseer): Acrossocheilus hexagonolepsis









    Rabu, 05 Maret 2014

    Sungai Slim dan Udang Galah Sungai Slim

    Udang Galah, biarpun jumlahnya tidak banyak namun hasilnya tetap memuaskan hati penjoran kecil seperti saya.






    Slim River adalah sebuah pekan di Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Terletak di selatan Perak, kira-kira 20 km di utara Tanjung Malim dan 100 km di selatan Ipoh. Slim River merupakan pekan kedua terbesar di daerah Tanjung Malim dan ditadbir oleh Majlis Daerah Tanjong Malim.

    Sungai Slim, Slim River

    Jika melalui jalan Kuala Lumpur ke Ipoh, berhampiran Tasik YDP beberapa meter sebelum memasuki pekan kecil Slim River terdapat sebatang sungai yang  agak deras alirannya. Aliran sungai ini bermula dari banjaran Titiwangsa melalui beberapa Pos atau perkampungan orang Asli antaranya Kampung Orang Asli Kuala Keding ,Kampung Orang Asli Pos Bersih ,Kampung Orang Asli Pos Tenau , melalui Perkampungan Cluny (Cluny Estet), Rasau ,Bantang,Kampung Balun, Kampung Manggis Slim River, Kuala Slim dan akhirnya bertemu dengan sungai Bernam Berhampiran Kampung Cangkat Bintang Alah Batu yang terletak dalam negeri Selangor. Menurut salah seorang warga emas,En. Abdul Majid Bin Musa PJK,Situasi sungai yang agak memanjang (kurus) dan genting di bahagian tertentu (Slim River) mungkin menyebabkan sungai ini di namakan "Slim River" pada zaman penjajahan Inggeris. Nama Slim River masih digunakan hingga ke hari ini.Aliran sungai yang deras, jernih dan tidak tercemar airnya menjadikan sungai ini dihuni oleh ikan-ikan berkualiti tinggi seperti tengas dan kelah. Sebilangan penduduk daerah ini sering mengungkapkan ikan-ikan yang diperolehi dari sungai Slim sangat sedap dan enak dan tidak hairanlah jika ikan-ikan tersebut mendapat permintaan dan harga yang agak tinggi.

    Slim River Dari Sudut Sejarah

    Slim River adalah tempat berlakunya Pertempuran di Slim River, pertempuran yang menentukan nasib Tentera British semasa serangan Jepun ke atas Tanah Melayu semasa Perang Dunia II.Tentera British telah mengalami kekalahan teruk semasa Pertempuran Jitra apabila Divisyen ke-11 India pimpinan Mej. Jen. David Murray-Lyon ditewaskan oleh Tenetra Jepun pimpinan Lt. Jen.Tomoyuki Yamashita dan yang memaksa mereka berundur ke Kampar. Tentera British mengatur pertahanan di Kampar. Tentera Jepun terus mara dan berhadapan dengan Tentera British dalamPertempuran di Kampar. Tentera British memberikan tentangan hebat tetapi Tentera Imperial Jepun lolos melepasi barisan pertahanan British dan memaksa mereka berundur ke Slim River.

    Lt. Jen. A. E. Percival dan Lt. Jen. Lewis Heath tahu sekiranya mereka gagal menyekat kemaraan Jepun dI Slim River, Tentera British tidak akan dapat mempertahankan Selangor dan Negri Sembilan. Bagaimanapun tentera British yang sedang berehat ketika berundur, telah diserang secara mengejut dalam satu pertempuran yang dikenali sebagai pertempuran di Slim River. Pertempuran ini terkenal kerana kejutan yang terhasil apabila sejumlah kecil tentera infantri Jepun dengan bantuan kereta kebal berjaya menumpaskan pasukan Tentera British yang lebih besar. Pertempuran ini mengakhiri harapan tentera British bagi mempertahankan Tanah Melayu.- Rujukan: Wikipedia.

    Selasa, 04 Maret 2014

    Jika Ingin Murah, Pancinglah Sendiri atau Makan Saja Kari Ikan Kembung dan Goreng Kangkung


    Laporan Berita Harian semalam.Dua ikan kelah RM 726 Ikan patin buah RM 400 dan 220 untuk udang galah, semuanya hampir 1500.Itu harga hidangan tengah hari dinikmati lapan pelanggan sebuah restoran di Bndar Temerloh dan tersebar dalam media social semalam. 

    Pemilik restoran, Haris Bakri Ismail 46, ketika dihubungi BH, berkata harga makanannya bergantung kepada jenis ikan yang ditempah dan dipersetujui pelanggan. 

    Jika pelanggan mahu kelah dan selepas harga dipersetujui, saya perlu menempuh perjalanan lima jam ambil daripada pembekal di Ulu Tembeling,Jerantut. Patin buah liar dari pembekal berharga Rm 140 satu kilo geram dan udang galah RM 85 sekilogram, katanya.-BH. 


    Tokan, Jika ingin harga yang murah, pancinglah sendiri dan anda akan tahu betapa sukarnya menempuh laluan apatah lagi memperolehi sepesis yang disebutkan.