Jumat, 27 Maret 2015

Trip 17 Januari Pulau Talang Pantai Remis Dengan Otai Fadhil


Ke mana mahu pergi? Jom kita ke Pulau Talang.Begitulah rancang cikgu Fadhil setelah beraksi di Tuas Yan '. Kali ini kami mendapat khidmat Tekong Bot tempatan yang di gelar "Adik" oleh cikgu Fadhil.

Tidak seperti di lokasi lain. Pada kali ini kami menggunakan umpan udang hidup yang diperolehi daripada bot nelayan tempatan.

Lokasi ini menjadi habitat ikan seperti sembilang, jenahak dan kerapu.

Seketika setelah umpan dilabuhkan, beberapa sentapan kasar mula dirasai, namun cikgu Fadhil kecundang. Tiga kali perambut tangsi 50lbs putus dengan mudah.

Kami mula menukar strategi.Perambut 80-100 lbs kami gunakan namun ikan-ikan sudah merajuk.Tiada lagi sentapan ganas selepas itu.



 Mendapatkan umpan daripada nelayan tempatan

 Ikan paling besar pada hari itu, tetanda 1.4 kg.
 Wajah pengkalan nelayan Pantai Remis.




Kami beransur pulang setelah seharian di lokasi. Tiada ikan bersaiz mega hanya sembilang,tetanda, anak-anak kerapu saiz S dan M serta ikan-ikan kecil lain menjadi mangsa kami.


 Puas jugalah jika mahu makan....

GST, Berapa Hari Lagi? Tidak Sabar Menantinya!

Tingal berapa hari lagi? Tidak sabar menantinya.Harap-harap seperti yang sering diimpikan oleh Rakan-rakan puakajoran yang akan berkomplot di Tuas Pulau Payar lagi pada 12 dan 26 April nanti.

"Gasak Semua Tenggiri" itulah impian kami sejak sekian lama.


Pada 12 April nanti kami akan beraksi lagi. Saudara Ody, Cikgu Nizam, Cikgu Rozidi, Saudara Jai GBS, Tok Pawang Hamdi dan saya juga tidak mahu ketinggalan. Lokasi pilihan kami, Tuas Pulau Payar. GST - Gasak Semua Tenggiri. Moga-moga menjadi kenyataan,

Trip 8 Januari 2015 Menjoran Bersama-sama Otai Jarak Cikgu Fadhil di Tuas Yan

Tanggal 8 Januari 2015 sekali lagi rakan-rakan puakajoran turun ke tuas. Seperti kebiasaan, kami menghubungi Tekong Bri 40 di Kuala Sungai Udang.Jawapannya seperti yang dijangka.Boleh...


Kami bergerak agak awal dalam kumpulan disertai Otai Pulau Jarak, cikgu Fadhil Tapah dan cikgu Jamal.Rakan-rakan lain cikgu Nizam, cikgu Rozidi dan saya.


Tidak banyak yang kami mampu buat.Rakan-rakan lebih suka melayan pancingan dasar "bottom". Melayan gerut-gerut dan kerisi sehinggalah ditegur oleh Tekong Bri 40. "Cikgu, tak minatkah main tenggiri? Orang datang sini nak main tenggiri, kalau nak layan gerut-gerut pi tempat lainlah...."
 

Mujurlah juga "ambok" berumpankan kerisi hidup yang di pasang oleh cikgu Fadhil sudi dibaham oleh Sang Tenggiri. Itu sahajalah tenggiri kami pada hari itu.



Permainan kami tertangguh juga. Ribut melanda. Kami mengambil masa yang agak lama untuk pulang ke daratan.

Ulasan cikgu Fadhil : "Tak main tuas...tak seronok. Dah try 2 kali. Tak sama dengan main laut tengah".

Ulasan saya : " Oh ok...."


16 Desember 2014 Trip Kecundang di Nibong Tebal

Ketagih yang semakin menjadi-jadi.Disusuli pula musim cuti persekolahan. Kelas dan kuliah juga sudah berakhir. Selang beberapa hari kami kembali ke lokasi sangkar ikan Nibong Tebal.Misi menjinakkan Si Merah dan Sang Siakap tidak pernah padam.

Seperti biasa tiba di lokasi tepat pada waktunya. Titis hujan mula merenyai.Cuaca yang tadi cerah bertukar tiba-tiba seawal 7.30 pagi.

Kami meneruskan langkah. Malangnya hujan semakin kasar dan kasar.Suasana dingin semakin terasa.



Sehingga pikul 5.00 petang hujan tetap tidak mahu sidang.Akhirnya kami akur dengan qadak dan qadar.Paksu tewas.Cikgu Nizam tewas. Cikgu Rozidi tewas. Saya tewas. Kami tewas!Tewas tidak semestinya mengalahh!Si Merah...tunggu kami datang....



Kamis, 26 Maret 2015

Trip 14 Desember 2014 Tenggiri Tuas Pulau Payar

 
Kedegilan rakan-rakan Puakajoran tidak terhenti malah seperti tidak ada noktahnnya. Kebasaannya pada tarikh begini lautan bergelora. 

Pada tahun lepas (2013) teruk kami dikerjakan badai.Kalau sudah kemaruk, apapun tidak dihiraukan.14 Desember 2014 buat pertama kali kami menjejakkan kaki di Pengkalan Nelayan Kuala Sala Kubang Rotan, Kuala Kedah. 

Kami mula mengenali Tekong Lan Petronas setelah diperkenalkan Rpj Kudinpuakajoran.Lokasi kami Tuas Pulau Payar berdekatan kawasan pemeliharaan dan pemuliharaan ikan.



 

 







 
Rehat sebentar agaknya selepas trip ini....

Siakap Merah Nibung Tebal Trip 3 Desember 2014

 
Pulang dari Tuas Trip 2 Desember kami tidak terus ke rumah. Dalam perjalanan kepala kami ligat memikir lokasi.

Keputusan lakasi sangkar ikan berdekatan Jambatan Kedua, Pulau Pinang.Tekong terus dihubungi.Jawapannya positif.

Kami singgah di pekan kecil Nibung Tebal.Tempat menginap dicari.Cikgu Nizam "Offer" rumah baharunya yang belum berpenghuni.

Pucuk dicita ulam mendatang.Bermalamlah kami bertiga, Ustaz Amirul,Cikgu Rozidi dan saya. Cikgu Nizam menghantar beberapa peralatan asas seperti bantal,toto dan selimut.

Keesokan harinya kami berkelana lagi. Kali ini dengan Pak Su di Nibung Tebal pula.

Sebelum ke lokasi kami merayau sekejap di pekan Nibong Tebal.Beli sedikit bekalan termasuk umpan.3 setengah kg ikan kembung.

Kami kira cukup memandangkan kembung semalam masih berbaki hampir 2 kg.
 Rpj cikgu Rozidi dengan siakap merah hampir 3 kg.
 Ustaz Amirul dengan tetanda.
 Merah.
 Hasil pancingan kami. Kali ini tiada Sang Kerapu.

Terpaksa pulang awal juga walhal ikan galak menggetus umpan.Salah percaturan, umpan kembung semalam sudah lembik.Tidak sesuai digunakan.Menjadi bahan santapan Sang Duri yang bermaharaja lela.

Kami akur.Ini sahaja rezeki kami.Puas namun terkilan.Malam itu juga kami bergegas pulang ke Slim River.

Senin, 23 Maret 2015

Trip 2 Desember 2014, Pari Tuas Yan

02 Desember 2014 kami berkelana lagi. Bertekad menumpaskan tenggiri tuas sekali lagi. Pengkalan Sungai Udang pilihan kami.Tekong Bot tersohor dan sangat sinonim dengan kami Bri 40.Kali ini membawa pendatang baru anak kelahiran Perak yang merantau ke Sarawak.Sudah mula berjinak-jinak dalam dunia hanyir sejak berhijrah ke Sarawak. Ustaz Amirul.

Trip kami disertai rakan-rakan aktif seperti cikgu Nizam,cikgu Rozidi,cikgu Wahidan dan saya pastinya tidak ketinggalan.Jika tertinggal daripada trip terasa hampa yang amat sangat.

Rezki kami amat berat pada hari itu.Ikan-ikan seperti tidak nampak akan umpan yang kami labuhkan.Puncanya air yang amat kotor.Tali pancingpun seakan-akan diselaputi lendir seumpama jelly.Mujurlah, ketika kami hilang punca itu, drag mesin pancing cikgu Nizam bergema.Sentapan yang memberat dan memberat.Tekong mengandaikan mata pancing mungkintersangkut cebisan pukat hanyut.

Sangkaan tekong meleset sama sekali.Seekor pari seberat lebih 7 kg. Yang dikatakan rezeki, cikgu Nizam mampu mendaratkan dengan sempurna walaupun menggunakan tali dan perambut sekitar 12 lbs sahaja. Mata pancing pun bersaiz kecil untuk pancingan puyu. Menurut tekong Bri 40, pari amat jarang ditemui di tuas.
 Ustaz Amirul juga tidak ketinggalan mendaratkan ikan pertama di sini.





Misi kami berakhir agak awal dengan tangkapan yang tidak begitu memberangsangkan. Sebentar kemudian ribut melanda.Kami lesu dilambung ombak.Tekong pula tekun mengemudi bot merentas gelora.
Kami kecewa? Sesekali tidak...selama-lamanya tidak!