Sabtu, 14 Juni 2014

Anak Ikan Paus ditemui Mati di Sungai Udang,Yan - Berita Arkib


BEBERAPA kanak-kanak mengangkat bangkai anak ikan paus yang ditemui tersangkut di pukat nelayan
di Kampung Sungai Udang, Yan semalam.


YAN - 14 Dis. 2008, Ramai penduduk Kampung Sungai Udang di sini terkejut dengan penemuan seekor anak ikan paus seberat kira-kira 40 kilogram yang tersangkut di jaring nelayan yang sedang memukat ikan pada jarak 500 meter dari pantai di sini tengahari semalam.

Namun, anak ikan paus itu yang dipercayai terpisah dari ibunya ditemui tidak bernyawa ketika diangkat naik ke bot oleh Arshad Baharom, 52 tahun.

Anak ikan paus berukuran 1.42 meter panjang itu dipercayai jenis 'fin' berdasarkan sirip belakang yang pendek, bukaan mulut yang panjang serta bergaris lurus selari dengan matanya.

Menurut seorang pegawai Perikanan yang ditemui ditempat kejadian berkata, anak ikan paus itu dipercayai terpisah daripada ibunya sebelum memasuki perairan Yan.

"Ia dipercayai mati akibat luka semasa berusaha untuk melepaskan diri dari pukat.

"Beberapa bahagian siripnya menggelupas dan terdapat kesan darah manakala bahagian lain badannya masih dalam keadaan elok," katanya.

Sementara itu, Arshad yang ditemui berkata, selama lebih 40 tahun bekerja sebagai nelayan pantai inilah kali pertama pukatnya tersangkut anak ikan paus.

"Saya berasa hairan apabila pukat yang sedang ditarik keatas bot menjadi teramat berat, sedangkan tidak banyak ikan yang tersangkut," katanya.

Walaupun mendapati anak ikan paus itu telah mati, Arshad membawanya pulang dan memaklumkan perkara itu kepada rakan-rakannya.

Salah seorang rakannya kemudian memaklumkan kepada Jabatan Perikanan yang tiba sejurus selepas itu sebelum membawa ikan itu ke Pusat Perikanan di Batu Maung, Pulau Pinang untuk diselidik.

Ikan lumba-lumba terdampar, anak paus termasuk pukat

 
BEBERAPA kanak-kanak mengangkat bangkai anak ikan paus yang ditemui tersangkut
 pada pukat nelayan di Kampung Sungai Udang, Yan, Kedah, semalam.

PULAU PINANG 14 Dis. - Orang ramai yang sedang beriadah sambil memancing di kawasan Padang Kota di sini, gempar apabila bangkai seekor ikan lumba-lumba ditemui terdampar di pantai tersebut.

Panjang mamalia berkenaan dianggarkan melebihi dua meter dengan berat mencapai 200 kilogram.

Kakitangan awam, Muhamad Afizudin Abdullah, 25, berkata, mamalia itu yang ditemui kira-kira pukul 3 petang dipercayai mati beberapa hari lalu berdasarkan bau bangkai yang busuk dan terdapat kecederaan di kepalanya.

''Saya bersama beberapa rakan yang lain sedang bersiar-siar di kawasan ini setelah menjamu selera di restoran berdekatan.

''Tiba-tiba kami terlihat seekor ikan besar terapung-apung di laut. Apabila ikan tersebut menghampiri benteng, kami kemudiannya turun dan menarik ikan tersebut naik ke atas supaya dapat ditonton oleh orang ramai yang lain. Kami ingatkan ikan apa, rupa-rupanya ikan lumba-lumba," katanya.

Bangkai ikan lumba-lumba itu kemudiannya diletakkan di atas simen berhampiran kawasan berkenaan.

Sementara itu di YAN, KEDAH, penduduk Kampung Sungai Udang gempar apabila seekor anak ikan paus seberat 40 kilogram ditemui tersangkut pada pukat milik seorang nelayan kira-kira 500 meter dari pantai Sungai Udang hari ini.

Anak ikan paus berukuran 1.42 meter itu dikatakan jenis Fin berdasarkan keadaan sirip belakang dan mulutnya.

Ia dipercayai sesat semasa terperangkap dalam pukat milik Arshad Baharom, 52, yang sedang mencari ikan di perairan tersebut kira-kira pukul 12 tengah hari.

Menurut Arshad, pada mulanya, dia menyangka mendapat ikan besar selepas mendapati pukat yang ditariknya terlalu berat.

"Pukat yang ditarik amat berat sedangkan pada awalnya saya sudah periksa dan dapati tidak banyak ikan yang tersangkut.

"Namun, selepas menaikkannya ke atas bot, saya terkejut kerana mendapati ia seekor ikan paus," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Arshad bagaimanapun berkata, ketika dinaikkan, anak ikan paus terbabit didapati sudah tidak bernyawa lagi.

"Saya ingin buang semula anak ikan ini ke laut. Namun, selepas berfikir sejenak tak sampai hati pula buang," katanya.

Menurut nelayan itu, dia kemudian menghidupkan enjin laut dan membawa pulang bangkai ikan terbabit ke pantai sebelum memanggil penduduk kampung melihatnya.

"Sepanjang hampir 30 puluh tahun menjadi nelayan, inilah kali pertama saya jumpa ikan paus di kawasan perairan Yan," jelasnya.

Dalam pada itu, seorang jurucakap Jabatan Perikanan ketika ditemui di tempat kejadian memberitahu, anak ikan paus tersebut dipercayai tersesat daripada ibunya sebelum memasuki perairan Kuala Muda dan Yan.

"Berdasarkan pemeriksaan awal, terdapat beberapa kesan luka pada anggota badan ikan tersebut.

"Kita tidak menolak kemungkinan ia mati ketika berusaha melepaskan diri dari pukat terbabit," jelasnya.

Beliau berkata, anak ikan tersebut akan dibawa ke Pusat Perikanan Batu Maung, Pulau Pinang untuk tujuan penyelidikan.

Senin, 09 Juni 2014

Trip Pulau Sembilan 3 Jun 2014

 
Sebelum berlepas ke Tuas Yan untuk Misi Tenggiri 11 Jun bersama-sama "Tekong Bri 40" ada baiknya saya paparkan Trip Pulau Sembilan 3 Jun lepas sebagai pemanas acara. 
Misi ini adalah bertujuan menjejak jenahak Pulau Sembilan. Kami dijadual berlepas sebelum pukul 3.00 petang. Kami tiba lewat.











Kelewatan kami sampai di lokasi diakibatkan oleh masalah dalam perjalanan, disusuli pula tiupan angin yang agak kencang sewaktu meredah samudra melengahkan sedikit aktiviti kami.



Tidak banayak aksi menarik pada tarikh itu, kebanyakan aksi streotaip. Casting dan casting dan mangsanya hanya talang seberat bawah 2 kg.

Disebabkan Sang Talang yang menggila kami tidak sempat melabuhkan "Jig" untuk mengumpan Sang GT

Kecekapan Tekong Mat Rapi menjejak lubuk memaksa lebih 30 ekor Talang  saiz M tunduk kepada kumpulan pemancing seramai 3 orang dalam masa  kurang  2 jam.
 
Aktiviti kami diteruskan dengan mencandat sotong sebagai persediaan memburu jenahak dan kerapu Pulau Sembilan.Kegiatan sedikit terganggu kerana Sang Sotong tidak begitu aktif kerana air yang tersangat jernih.
 
Setelah umpan dianggarkan cukup kami berlepas menjejaki lubuk, namun hampa kerana jenahak tidak aktif. Hanya seekor jenahak kecil (tetanda) 2 ekor kerapu dan seekor alu-alu yang mahu meragut umpan.


 
Misi kami berakhir kira-kira pukul 4.00 pagi.














Terima kasih Tekong Mat Rapi. Beliau mencadangkan 10 Jun ini untuk trip ulangan memandangkan air yang cantik dan  cuaca yang baik namun kami terpaksa menolak kerana Misi Tenggiri pada 11 Jun.

Sabtu, 07 Juni 2014

Bingkisan Tasik Kenyir

Tasik Kenyir syurga pemancing ikan air tawar.Kesempatan balik kampung, Abu Afaf sempat beraktiviti menjoran kelah.

Satu daripada 3 ekor kelah yang ditumpaskan.Lokasi pancing, Sungai Cacing. Umpan sawit.

Kamis, 05 Juni 2014

Aksi Halil, Rakanpuakajoran Di Sungai Kurau @ Sungai Gedong

Sungai Kurau @ Sungai Gedong tidak pernah menghampakan rakan-rakan joran seperti Halil dan Juragan Nizam Balun. Jika ada kelapangan di situlah kelibat mereka kelihatan. Bukan sahaja Sang Toman, kaloi dan lampam menjadi mangsa pancing mereka, adakalanya "Sang Bedal" juga turut melahap umpan mereka.








Kelibat "Sang Bedal" sedang mengintai umpan yang dilabuhkan.



Minggu, 01 Juni 2014

KEEP CALM AND CANDAT 2014 ON Yang Ceria

Setelah tewas dan kecundang di Perairan Pemanggil angkara tekong yang kuat tidur, Group Penjoran PLUS tidak lemah semangat. Kali ini dengan kapisiti penjoran yang lebih besar. Menjelajah di Perairan Terengganu pula. Misi KEEP CALM AND CANDAT 2014 ON . Terengganu yang ceria memberi pengalaman tidak ternilai.






Apapun saya masih kempunan kerana program yang dianjurkan masih dalam waktu kerja.Terpaksa berinteraksi melalui alam maya.

3 Jun Insyaallah trip malam di Pulau Sembilan pula.

Tokanpuakajoran:Dari Paya Turun ke laut.