Sabtu, 28 Desember 2013

Angin kencang, laut bergelora hingga Selasa

KUALA LUMPUR:Dec 29, 2013 - Angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga (paling bahaya) di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur dijangka berterusan sehingga Selasa depan.
           
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, angin kencang timur laut dengan kelajuan melebihi 60 kilometer sejam itu boleh menyebabkan ombak mencapai ketinggian melebihi 5.5 meter 
           
Selain itu, kawasan pantai di negeri berkenaan turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut.
           
Kedua-dua keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk menangkap ikan, pekerja di pelantar minyak serta perkhidmatan feri.
           
Kenyataan itu menyebut aktiviti ribut petir juga berlaku di kawasan perairan Sarawak (Mukah, Bintulu dan Miri) yang dijangka berterusan sehingga lewat malam ini. - Bernama.

Ustaz Rashdan Penjoran Tegar Yang Tidak Pernah Serik

Ustaz Rashdan.Tenang wajahnya.Bekas graduan Timur Tengah. Sahabat  yang saya kenali melalui medan pancing. Seorang tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Tualang Sekah, Malim Nawar dalam subjek bahasa Arab.Saban malam, ketika waktu-waktu terluang kami sering bertanya tentang aktiviti terkini.Biarpun aktiviti kadang kala tidak mendatangkan hasil namun sahabat joran ini sering saya temui di sekitar lokasi memancing, lubuk-lubuk sekitar Malim Nawar dan Tronoh Mines.Cita-citanya ingin menawan semua jenis ikan air tawar bersaiz mega.

Sempat saya rakam aksinya di lokasi. Sungai Galah.







Selasa, 24 Desember 2013

Fenomena Ikan Lahad Datu Ada Kaitan Dengan Bencana Alam?

Penduduk mengambil kesempatan mengutip ikan yang terdampar di persisir pantai Pulau Tambisan.

SHAH ALAM - Beribu-ribu ikan yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan, hari ini dilihat berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan.

Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi semalam.

Menurut pembaca Sinar Harian Online, Luludaprincess Oja yang berkongsi maklumat itu berkata, kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba melihat ikan meloncat naik ke daratan.
Penduduk mengambil kesempatan mengutip ikan yang terdampar di persisir pantai Pulau Tambisan.

"..situasi ini disedari oleh orang kampung yang kebetulan berada di tepi pantai, melihat kelainan dalam air tersebut di mana ikan-ikan meloncat naik ke darat.

"Sesetengah penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut.

"Ini merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Sinar Harian Online mendapati video mengenai peristiwa itu yang berdurasi dua minit tiga puluh lima saat telah dimuatnaikkan di laman Youtube.

Sebelum ini, kejadian tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlaku bencana alam tersebut.

Sumber sinarharian

Senin, 23 Desember 2013

Trip Yang Mengecewakan, Berhati-hati Memilih Bot dan Tekong di Kuala Sala

Perkhidmatan yang mengecewakan disusuli dengan cuaca yang buruk serta kesan kenaikan harga barang membuatkan rakan-rakan dilanda kekecewaan. Jika diturutkan rasa hati mahu itulah kali pertama dan akhir kami mendapatkan khidmat bot memancing di Pengkalan Kuala Sala, Pendang, Kedah.

Antara kekecewaan kami disebabkan:

1. Mendapat maklumat bahawa keaadaan cuaca dan tangkapan sebelumnya tidak menggalakkan setelah beberapa minit ketibaan kami di lokasi. Dari lokasi kami untuk ke destinasi mengambil masa yang agak lama. Setelah tiba di lokasi dimaklumkan oleh Penyelaras setempat ( Pengkalan Kuala Sala) bahawa kami boleh membatalkan trip kerana ketiadaan bot dan laut bergelora.

2. Pihak pengurusan gagal membekalkan bot yang tepat untuk menjoran (pelancong)sebaliknya menggunakan perkhidmatan bot memukat yang memberikan kesan buruk kepada pemancing.Walhal kami sudah membuat tempahan dua minggu sebelum tarikh.

3. Kualiti bot yang uzur dan mengalami kerosakan, kami tersadai di Pengkalan lebih 3 jam. masa bergerak sepatutnya pada pukul 7.00 terpaksa dilewatkan hingga pukul 10.45 pagi.

4. Oleh sebab bot yang digunakan adalah bot pukat kami lambat tiba di lokasi. Pukul 11.00 hingga pukul 12.00 kebiasaannya masa yang baik untuk memancing sebelum angin bertiup dan laut bergelora.

5. Memikirkan jarak perjalanan kami yang agak jauh, kami mendapatkan khidmat penyelaras untuk mencari umpan segar namun hasilnya mengecewakan, umpan yang dibekalkan sangat teruk (berwarna kuning/tidak berkilat). Harganya pula agak mahal tidak sampai sepuluh kg harganya mencecah RM 100. Amat malang, dua kali lontaran casting, umpan sudah pecah perut.

6. Tiada potongan harga untuk bot yang rosak walaupun masa untuk kami menjoran tidak sampai beberapa jam. Masa kami dihabiskan dengan rondaan oleh tekong yang gagal mengesan tuas dan tukun disebabkan mereka bukannya pemandu bot pelancong(menjoran).Menurut tekong  mereka dipanggil masuk bertugas secara bidan terjun hanya lewat petang sebelum trip kami.

7. Akibat menggunakan bot yang bukan sepatutnya, sebahagian besar pemancing kami mengalami 'mabuk' yang agak teruk. Sebuah bot terpaksa pulang awal.

*Ini bukanlah kali pertama kami menjoran pada penghujung Desember. Kami pernah mendapatkan perkhidmatan di Pengkalan Tanjung Dawai dan Kuala Dulang namun mutu perkhidmatan mereka jauh lebih profesional.

* Kepada pemancing lain berhati-hatilah memilih tekong dan bot. Tidak kisah gagal mendapatkan hasil namun adalah sangat mengecewakan jika bot yang digunakan bukan bot yang sepatutnya. Apatah lagi jika bot yang uzur dan mengalami kerosakan pula.

* Kepada pemancing tegar Ulu Langat, Bang Din, Ust Wahid,Sdr Hafiz Terengganu,Sdr Ayin, Sdr Nasir, Sdr Lan Trolak Puakajoran memohon berbanyak maaf atas segala kesulitan. Terima kasih tidak terhingga kepa perantara trip Sdr Kudinpuakajoran dan Sdr Abrar Silverstone yang bertungkus lumus menjayakan trip. Juragan Nizam, bersedialah untuk trip Pulau Jarak yang dijangkakan pada 18 Januari depan.

* Takziah kepada Bang Din yang menerima berita kematian iparnya sejurus selepas pulang dari menjoran.Al fatihah.

Sekian.

Jumat, 20 Desember 2013

Tinggal Beberapa Jam Sahaja Lagi Untuk Trip Penutup Tenggiri Tuas Yan

Tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk memulakan perjalanan menuju Pendang, Kedah.Dari Pendang berlabuh seketika di Pengkalan Nelayan Kuala Sala sebelum meneruskan perjalanan ke Tuas pada pukul 7.00 pagi 22 Desember 2013. Disertai barisan pemancing (12 orang) RPj Ulu Langat (diketuai Rpj Abu Afaf - 7 anggota), Tokanpuakajoran (Slim River), RPj Lan Trolak (Fisherman Trolak) ,RPj Kudinpuakajoran,RPj Abrar,RPj Juragan Nizam Balun dan berkemungkinan ini merupakan trip penutup bagi sesi 2013. Harapan trip ini membuahkan hasil walaupun misi ini hanyalah sebagai aktiviti santai dan merapatkan hubungan sesama rakan.




Minggu, 15 Desember 2013

Toman dan Buaya Sungai Gedong (Sungai Kurau)

Kesempatan bercuti di kampung halaman pada minggu ke tiga dan keempat cuti penggal persekolahan memberikan pengalaman bermakna. Kesempatan yang ada digunakan untuk melihat rakan-rakan beraksi mendaratkan toman mega di Sungai Gedong (Sungai Kurau). Pada masa yang sama juga kelihatan kelibat Sang Bedal " Si Putih" berlegar-legar di lokasi. Apa yang lebih mengujakan ketika buaya tersebut melompat dan memusingkan badan menyambar umpan yang dilontarkan oleh Juragan Nizam Balun. Walaubagaimanapun aksi lompatan tersebut tidak sempat dirakam.Beberapa detik kemudian berlakulah adegan tarik menarik antara Sang Bedal yang dianggarkan menyamai besar Sang Buaya yang ditangkap di Sarawak kerana membaham nelayan sungai yang memasang pukat.

RPj Halilpuakajoran dengan toman yang ditumpaskannya.





 Toman 7 dan 3.5 kg berjaya didaratkan.

 Sahabat (Pekerja Ladang, Orang Seberang) turut beraksi.
 Juragan Nizam Balun turut beraksi.


Adegan tarik menarik antara Sang Bedal dan Juragan Nizam Balun.



Jangan tiru aksi ini. Hanya mereka yang "dibenarkan" boleh melakukan. Menyakiti haiwan adalah satu kesalahan.Buaya adalah haiwan yang dilindungi dan tertakluk dibawah akta PERHILITAN.Berhati-hati ketika memancing - Tokanpuakajoran.

Setelah beraksi beberapa lama, inilah kesannya...



Keesokkan harinya saya ke lokasi untuk merakamkan aksi yang terlepas semalam. Setelah puas menanti terlihat jugalah kelibat Sang Buaya pulang ke penginapannya. Sayangnya jarak terlalu jauh dan hari sudahpun gelap. Disusuli pula berbekalkan iPad dan Gadget Canon yang lensanya hanya berjarak 50 mm sahaja. 





Hanya kocakan air dapat dirakam dalam kegelapan senja.



Setelah puas menanti akhirnya buaya muncul untuk pulang ke sarang namun rakamannya kurang jelas lantaran hari sudah senja. Hanya kocakan air yang kelihatan ketika Sang Buaya terkejut dengan tarikan tali pancing oleh Halilpuakajoran.

Dan pada malam itu bersantaplah kami dengan sup kepala dan goreng berempah toman sajian rakan-rakan Tomyam Sri Gedung...... dan sebenarnya toman boleh dijadikan resepi yang sangat enak.

Kamis, 12 Desember 2013

Ikan Kenerak Sungai Kelau,Bentong Tewas di Tangan Rakanpuakajoran GBS

Baung kenerak.....sungai Kelau, Bentong tewas akhirnya - Ady RPj GBS.

Gambar kiriman RPjAdy GBS.Agak pelik rupanya.Ikan kenerak atau Baung kenerak.Setahu saya ikan ini banyak menghuni sungai sekitar negeri Pahang dan Kelantan,mungkin Terengganu juga. Tergolong dalam kumpulan 'Catfish'. Menurut RPj Ady, ikan ini dipancingnya di sungai Kelau,Bentong,Pahang semalam. Rezeki musim banjir.Ikan ini ditewaskan Ady menggunakan umpan ulat sagu. Beratnya hampir 1kg setiap seekor.Harga pasaran sekitar RM25.00 sekilogram. Menurut penduduk Pahang yang ditemui, ikan ini sedap dimasak tempoyak, masak asam Rom,boleh dibuat pekasam dan salai.Seperti sesetengah spesis ikan keli lain,ikan ini juga boleh membesar hingga mencecah lebih 10 kg. seekor.

Kamis, 05 Desember 2013

Pak Man Juragan Kembali ke Rahmatullah

Alfatihah.Makluman kepada rakanpuakajoran sekalian bahawa rakan kita Pak Man Juragan telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 4.00 petang tadi. Jenazahnya telah dibawa pulang ke kampung kelahirannya, Kampung Nangka, Lenggong, Perak dan akan disemadikan pada malam ini.



Sabtu, 23 November 2013

Titip Rindu Buat Ayah - Ebiet G Adie

Di matamu masih tersimpan selaksa peristiwaBenturan dan hempasan terpahat di keningmuKau nampak tua dan lelah, keringat mengucur derasnamun kau tetap tabah hm...Meski nafasmu kadang tersengalmemikul beban yang makin saratkau tetap bertahan

Engkau telah mengerti hitam dan merah jalan iniKeriput tulang pipimu gambaran perjuanganBahumu yang dulu kekar, legam terbakar mataharikini kurus dan terbungkuk hm...Namun semangat tak pernah pudarmeski langkahmu kadang gemetarkau tetap setia

Ayah, dalam hening sepi kurinduuntuk menuai padi milik kitaTapi kerinduan tinggal hanya kerinduanAnakmu sekarang banyak menanggung beban

Engkau telah mengerti hitam dan merah jalan iniKeriput tulang pipimu gambaran perjuanganBahumu yang dulu kekar, legam terbakar matahari
kini kurus dan terbungkuk hm...Namun semangat tak pernah pudarmeski langkahmu kadang gemetarkau tetap setia


Kampung Halaman - Mike Ibrahim


Semasa ku masih lagi kecil
Sememangnya ku degil
Di kampung... di halaman ku

Selalu ku berenang-renang
Di sungai dengan kawan-kawan
Di kampung... di halaman ku

( korus )
Sekarang ku berada di rantau
Diri ku merasa risau
Teringat... kampung halaman ku

Bilakah masanya 'kan tiba
Untuk menemui ayah bonda
Di kampung... di halaman ku

( ulang dari mula hingga akhir )

( ulang dari korus hingga akhir )

Di kampung... di halaman ku ( 2X )




SEJAMBAK BUDI SETANGKAI HATI - A Ramli


Sawah terbentang menguning padi

Mengukir pantai saujana pandangan
Hati terhutang sejambak budi
Tidak bernilai segunung intan

Menguning padi tampaknya indah
Petani berdendang seruling jerami
Sejambak budi andai tercurah
Tetap dikenang sampai ke mati

Terbang sekawan burung kedidi
Menawan padi indah pandangan
Jasad tertawan sejambak budi
Setangkai hati jadi tebusan
Burung kedidi burung merpati
Terbang bersama hinggap di batu
Sejambak budi setangkai hati
Dua jiwa berpadu satu
Hasil ciptaan: Rosnah Ghaffar & A. Ramlie
Persembahan: A. Ramlie & The Click IV
(P)(C) 1968 Olympic Records, Singapore


https://m.youtube.com/watch?v=YppvA9pLILE&desktop_uri=%2Fwatch%3Fv%3DYppvA9pLILE

Desa Tercinta - Nora

Lirik

Burung yang berkicauan
Air mengalir tenang
Sejuk mata memandang
Damai mempesonakan

Padi melambai-lambai
Gadis di tepi bendang
Walau panas membahang
Tetap manis tersenyum riang

( korus )
Ke kirilah (ahai) ke kananlah (ahai)
Inilah desa yang tercinta (ahai)
Menarilah (ahai) menyanyilah (ahai)
Riangnya suara mereka
Desa tercinta

Haruan atau keli
Masakan cili padi
Makan beramai-ramai
Tusuk tawa mengilai

Dan senja pun berlabuh
Malam pula bertamu
Dengar cerita atok
Nenek pun mula menjeling

emmm... apa tu ?

( ulang korus 4X )

Jom kita balik


Jumat, 22 November 2013

Riwayat Petani - Fauziah Ahmad Daud


Riwayat Petani

lihatlah kemesraan
sawahku bersama hidupku
lihatlah kemesraan
padiku bersama hatiku

dicelah lumpur yang ku langkah
bersama peluh yang mengalir
kulerai padi yang tersikat
kiranya pedih hati riang
(ulang)

lihatlah keindahan awan
mencelah langit biru
lihatlah keindahan
kampung halaman gunung-ganang

biarkan kepedihan
kita hadapi dan tempuhi
biarkan kepedihan
inilah riwayat petani

pada Ilahi doa restu
lindungilah kami selalu
senyum menyimpul rahsia hati
inilah riwayat petani

Kamis, 21 November 2013

Wajah Desaku


Wajah Desaku - Dato Dj Dave

BEGITU LAMA KUTINGGALKAN KAMPUNG LAMAN AYAH BONDA
TIBA MASANYA KUKEMBALI BERTEMU MEREKA
INGINKU MENGHILANGKAN KERUNSINGAN
HASRAT HATI MENCARI KEDAMAIAN
MENYAKSI KEINDAHAN ALAM
NAN TERBENTANG CIPTAAN TUHAN

HIDUP DI DESA KISAHNYA TAK SEPERTI DI KOTA
JIKA DI SANA KUIKUTI PEPATAH RANG TUA
MENYUSUP PADI MENGIKUT IRAMA
SESUAIKAN DIRI DI MANA BERADA
PASTIKAN BERBANGGA IBUKU
AKU TETAP SEPERTI DULU

ALANGKAH BAHAGIA DI HATI BERUBAH WAJAH DESAKU KINI
TALI AIR MERENTANG SAWAH
KUNING PADI MENYILAU MATA
JENTERA DI BENDANG PETANI BERDENDANG
DI JIWA KERIANGAN
JALAN TAK BERDEBU MENYAMBUT PULANGKU
HATIKUPUN TERHARU

TIADA LAGI ANAK-ANAK BERMAIN AIR DI SUNGAI
TAK KUDENGARI KEMERDUAN TIUPAN SERUNAI
KENANGAN LALU MASIH KUHARGAI
WALAU KINI TAK MUNGKIN DITEMUI LAGI
PERUBAHAN WAJAH DESAKU
MEMBERI KEHIDUPAN BARU...


Rabu, 06 November 2013

Trip Ulangan Tuas Yan 5 November 2013

Tidak berpuas hati dengan hasil 2 November lalu, RPj Nizam Balun turun lagi dengan RPj Cikgu Mie  pada 5 November 2013. Kali ini mereka bermula di Pengkalan Nelayan Kuala Sala.
 
Walaupun dua kali mengelak daripada bertembung spisis ini pada 2 November lalu namun akhirnya terpaksa juga mengalah. Didaratkan hanya menggunakan tali asas 15 lbs.







Selasa, 05 November 2013

RPJ Cikgu Razidi "Champion" Baharu Tuas Yan 2 November 2013

Kehangatan bahang Pilihan Raya Kecil (PRK) N.20 Sungai Limau, Kedah tidak menghalang kami untuk turut serta. Lokasi kami seperti biasa Tuas Yan. Kali ini kami mengambil bot di Pengkalan Nelayan Sungai Udang. Bot kecil berkapisiti 4 pelancong yang dilengkapi sonar memuatkan kami berempat terdiri daripada RPj Juragan Nizam Balun, RPj Tokanpuakajoran dan disertai dua lagi pemancing yang baru berjinak-jinak di tuas.RPj Odi dan RPj cikgu Razidi yang masing-masing berlokaliti di Slim River dan Bagan Serai.

Perjalanan kami bermula pada petang 1 November, hajat hati ingin turut memeriahkan PRK Sungai Limau. Akibat beberapa halangan kami terpaksa bermalam di Kota Kuala Muda .Keesokannya seawal pukul 5.00 pagi kami bergegas ke Pengkalan Nelayan Sungai Udang. Sempat jugalah menyapa dan berbual dengan petugas-petugas parti politik yang bertanding yang datangnya dari Selangor dan Kuala Lumpur di samping petugas tempatan.

Tepat pukul 8.30 pagi kami mula bergerak dengan bot kecil yang dipandu oleh tekong Sabri @ Bri 40. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam. Sempat singgah di beberapa tuas untuk 'memujuk' ikan kecil bagi dijadikan umpan. Hingga ke akhirnya, tiada seekor ikan kecilpun yang terlekat pada apollo.Nasib baik umpan kembung kami bawa.






 Tekong Sabri @ Bri 40 sangat mesra  "pelancong".
Aksi RPj Razidi, pemancing tegar yang kali kedua turun di tuas. Kali pertama khabarnya mengalami mabuk yang teruk sehinggakan terpaksa dibawa tekong singgah ke pulau.
Alah bisa tegal biasa, kali kedua RPj Razidi yang merupakan anak jati Kuala Muda Kedah ini menunjukkan taringnya.6 ekor tenggiri berskala 3 - 5.5 kg berjaya ditundukkan.Rekod baru di kalangan kami.

 Saya,hanya mampu mendaratkan seekor tenggiri berskala 3 kg sahaja.






RPj Odi turut merasa sentapan tenggiri namun akhirnya lucut.Apapun atas ikhsan RPj Razidi, RPj Odi dapat juga 'merasa' mendaratkan salah seekor tenggiri pada misi ini.




 Hanya 7 ekor, bertepatan dengan Feng Shui yang mengatakan peluang untuk kami mendaratkan hasil sekitar 70%.

Tangkapan lain yang kami perolehi setelah siang melabuhkan tirai, 3 ekor jenahak,beberapa ekor anak kerapu dan sembilang.
 RPj Juragan Nizam Balun, menerima 3 sentapan namun gagal beraksi sempurna.

 "Champion" 2 November 2013.




Terima kasih Tekong Bri 40! 5 November misi diteruskan oleh RPj Juragan Nizam Balun dan Cikgu Mi Dulang. Semoga Berjaya.
Menjoran Untuk Semua! (Tokanpuakajoran)