Perkhidmatan yang mengecewakan disusuli dengan cuaca yang buruk serta kesan kenaikan harga barang membuatkan rakan-rakan dilanda kekecewaan. Jika diturutkan rasa hati mahu itulah kali pertama dan akhir kami mendapatkan khidmat bot memancing di Pengkalan Kuala Sala, Pendang, Kedah.
Antara kekecewaan kami disebabkan:
1. Mendapat maklumat bahawa keaadaan cuaca dan tangkapan sebelumnya tidak menggalakkan setelah beberapa minit ketibaan kami di lokasi. Dari lokasi kami untuk ke destinasi mengambil masa yang agak lama. Setelah tiba di lokasi dimaklumkan oleh Penyelaras setempat ( Pengkalan Kuala Sala) bahawa kami boleh membatalkan trip kerana ketiadaan bot dan laut bergelora.
2. Pihak pengurusan gagal membekalkan bot yang tepat untuk menjoran (pelancong)sebaliknya menggunakan perkhidmatan bot memukat yang memberikan kesan buruk kepada pemancing.Walhal kami sudah membuat tempahan dua minggu sebelum tarikh.
3. Kualiti bot yang uzur dan mengalami kerosakan, kami tersadai di Pengkalan lebih 3 jam. masa bergerak sepatutnya pada pukul 7.00 terpaksa dilewatkan hingga pukul 10.45 pagi.
4. Oleh sebab bot yang digunakan adalah bot pukat kami lambat tiba di lokasi. Pukul 11.00 hingga pukul 12.00 kebiasaannya masa yang baik untuk memancing sebelum angin bertiup dan laut bergelora.
5. Memikirkan jarak perjalanan kami yang agak jauh, kami mendapatkan khidmat penyelaras untuk mencari umpan segar namun hasilnya mengecewakan, umpan yang dibekalkan sangat teruk (berwarna kuning/tidak berkilat). Harganya pula agak mahal tidak sampai sepuluh kg harganya mencecah RM 100. Amat malang, dua kali lontaran casting, umpan sudah pecah perut.
6. Tiada potongan harga untuk bot yang rosak walaupun masa untuk kami menjoran tidak sampai beberapa jam. Masa kami dihabiskan dengan rondaan oleh tekong yang gagal mengesan tuas dan tukun disebabkan mereka bukannya pemandu bot pelancong(menjoran).Menurut tekong mereka dipanggil masuk bertugas secara bidan terjun hanya lewat petang sebelum trip kami.
7. Akibat menggunakan bot yang bukan sepatutnya, sebahagian besar pemancing kami mengalami 'mabuk' yang agak teruk. Sebuah bot terpaksa pulang awal.
*Ini bukanlah kali pertama kami menjoran pada penghujung Desember. Kami pernah mendapatkan perkhidmatan di Pengkalan Tanjung Dawai dan Kuala Dulang namun mutu perkhidmatan mereka jauh lebih profesional.
* Kepada pemancing lain berhati-hatilah memilih tekong dan bot. Tidak kisah gagal mendapatkan hasil namun adalah sangat mengecewakan jika bot yang digunakan bukan bot yang sepatutnya. Apatah lagi jika bot yang uzur dan mengalami kerosakan pula.
* Kepada pemancing tegar Ulu Langat, Bang Din, Ust Wahid,Sdr Hafiz Terengganu,Sdr Ayin, Sdr Nasir, Sdr Lan Trolak Puakajoran memohon berbanyak maaf atas segala kesulitan. Terima kasih tidak terhingga kepa perantara trip Sdr Kudinpuakajoran dan Sdr Abrar Silverstone yang bertungkus lumus menjayakan trip. Juragan Nizam, bersedialah untuk trip Pulau Jarak yang dijangkakan pada 18 Januari depan.
* Takziah kepada Bang Din yang menerima berita kematian iparnya sejurus selepas pulang dari menjoran.Al fatihah.
Sekian.