Minggu, 05 April 2015

Tuas Pulau Payar Trip 22 Februari 2015, Puaka Silverstone

 
Trip 22 Februari disertai rakan-rakan sekutu dari Team Puaka Silverstone Kamunting terdiri daripada Sharizal, Halil, Boyakman dan dua lagi rakan baharu. Lokasi pilihan kali ini ialah Tuas Pulau Payar.Tekong darat, cikgu Nizam manakala Tekong Bot, Lan Petronas.

Berehat di Hotel Tandop.

 Bergambar sebelum berlepas.
 Hasil pertama, Layaran Tuas Pulau Payar. CnR.







 

 

 Biarpon jauh memburu, akhirnya ikan umpan juga menjadi pilihan.

Trip Nibong Tebal Dengan Tok Pawang Hamdi 14 Februari 2015

Persiapan untuk Himpunan di Tuas pada 16 Mac 2015 nanti. Sementara itu, kami santai-santai di lokasi yang hampir. Panaskan badan sebelum 'mabuk" sakan.

Aksi Tok Pawang Hamdi.






 Hanya ini sahajalah rezeki kami pada hari tersebut.

Tekong Bri 40 dan Tuas Yan Trip Tergempar 3 Februari 2015

Tiba-tiba sahaja terima panggilan daripada cikgu Mie. Tekong Bri 40 pelawa trip santai pada 3 Februari 2015. Tanpa berfikir panjang terus setuju. Bergerak dengan cikgu Nizam pada malam tersebut. Paginya cikgu Mie sudah sedia menanti.Air agak surut. Hampir pukul 10.00 pagi baru kami dapat memulakan pergerakan.













Hasil yang cukup memuaskan. 4 ekor tenggiri skala 4-5 kg dapat didaratkan. Cukuplah untuk kami sorang seekor.Terima kasih Tekong Bri 40.

Siakap Trip Nibong Tebal 26 Januari 2015

Nibong Tebal, sekitar sangkar peliharaan ikan berhampiran jambatan ke 2 ke Pulau Pinang. Saya tidak sertai trip ini. Rakan-rakan seperjuangan, cikgu Nizam,cikgu Rozidi dan ustaz Hafiz. Hasil yang lumayan.


Udang Galah Teluk Intan Trip 23 Januari 2015

Sesekali teringin juga mengimbau kenangan. Sang Sepit Biru tidak kami lupakan.Lokasi kami di sekitar sungai Perak yang merentasi bandar Teluk Intan.Menarik juga menjoran pada waktu malam.Bahang yang tidak terasa cuma serangan nyamuk liar sesekali mencuri darah kami.

Menjelang pukul 5.00 petang, saya, Tok Pawang Hamdi dan saudara Jai bersiap-siap untuk ke lokasi.

PaK Ali, pengusaha bot di kampung Pisang segera kami cari.Dengan kadar sewaan RM 30 semalam kami kira agak berpatutan.
 
 Keindahan bandar Teluk Intan pada waktu malam.

 Tak banyak yang kami perolehi, sekitar 3 kg sahaja.


Sabtu, 04 April 2015

Kelabau Kuala Slim 20 Januari 2015

Sesekali layan juga ikan-ikan sungai walaupun lokasi untuk menjoran amat sukar ditemui. 

 
Proses pengubahsuaian sungai sebagai tapak pertanian atau perladangan dan juga proses mengelakkan banjir menjadikan lokasi bertambah cetek dan habitat semula jadi ikan musnah.

Jika adapun satu atau dua lokasi yang baik kebiasaannya kerap dikunjungi oleh penjoran tegar yang lain.Lokasi yang berpotensi menjadi lubuk ikan, kerap pula dituba, dikaran dan dibom pada musim-musim ttertentu.

 Lokasi Sang Kelabau
 Saudara Ody.Sukarnya untuk memperolehi spesis ini...
  Sawit merah, umpan yang sangat digemari Sang Kelabau.
Sawit dipotong dadu dan dicangkukkan ke mata kail. Boleh juga digunakan sawit yang telah diperam sebagai umpan.